Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Apakah Growth Hack Dan Bagaimana Ia Membantu Perniagaan Anda?

3.06K 1

Ia bukan satu terma negatif sebaliknya, satu terma pertumbuhan yang membolehkan anda maju atau berkembang dengan lebih pantas dari pertumbuhan biasa. Dengan kata lain, satu kaedah inovatif untuk membawa masuk lebih banyak pengguna atau pelanggan pada masa yang sama membawa masuk lebih banyak pendapatan kepada syarikat. Terma ini diperkenalkan oleh Sean Ellis, Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif Qualaroo. Menurutnya:,

“A growth hacker is a person whose true north is growth.”

Growth hacker adalah satu proses kajian pada keseluruhan saluran pemasaran, pembangunan produk, segmen jualan, dan pelbagai bidang perniagaan untuk mengenalpasti kaedah paling berkesan untuk mengembangkan perniagaan. Ia terdiri daripada marketers, developers, engineers dan product managers yang memberi tumpuan khususnya kepada membina dan berinteraksi dengan pengguna atau pelanggan pada setiap saluran pemasaran yang terbahagi kepada 5 bahagian iaitu, perolehan, pengaktifan, pengekalan, hasil dan rujukan. Dalam kata lain, Growth Hacking adalah satu proses pengoptimasian proses pelanggan.

Ia adalah satu terma yang sinonim digunakan oleh syarikat permulaan yang mempunyai matlamat untuk berkembang dengan pantas pada peringkat pelancaran produk atau perkhidmatan kepada pasaran. Perhatikan disini kata kunci “pantas.” Berbanding pemasaran tradisional yang fokus kepada perkembangan yang mantap (steady growth), growth hacker pula menumpukan perhatian kepada perkembangan yang eksponen (esponential growth) seperti yang ditunjukkan didalam graf.

 

Perkembangan yang mantap (steady growth)

 

Perkembangan yang eksponen (esponential growth)

Contoh terbaik growth hacker, TheLorry. Bagaimana mereka bermula menerima tempahan dengan hanya meletakkan iklan di laman Majalah.com dan sehingga kini telah membuka cawangan di empat buah negara di rantau Asia Tenggara dalam masa yang singkat.  Sasaran mereka amat mudah. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TheLorry, Nadhir Ashafiq matlamat mereka adalah untuk mencapai perkembangan x% menjelang Disember dalam bentuk pendapatan, jumlah tempahan dan untung kasar. Anda boleh baca bagaimana mereka melakukan growth hacking.

Kepentingan Growth Hacking Untuk Perniagaan

Biasanya growth hacking melibatkan pelbagai bentuk pemasaran dari pelbagai iterasi produk kepada menguji pelbagai bentuk penulisan iklan (copywriting), pemasaran email, SEO,strategi tular dan pelbagai teknik dan alatan digunakan bertujuan untuk meningkatkan conversion rates serta mencapai perkembangan dasar pengguna yang pantas.

Sehinggakan ada yang menganggapkan growth hacking sebagai sebahagian dari ekosistem pemasaran secara online. Dalam kebanyakkan kes, growth hackers menggunakan teknik-teknik seperti optimasi enjin pencarian, analitik laman sesawang, pemasaran kandungan dan ujian A/B untuk memperbaiki metrik prestasi perolehan pelanggan dan penjualan produk.

Pembangunan produk juga dipengaruhi oleh mindset seorang growth hacker. Berbanding dengan kitaran pembangunan yang panjan diikuti dengan ujikaji pengguna, growth hacker akan menguji dan melakukan validasi idea pada setiap peringkat pembangunan.

Menurut Michal Fiech, ketua Growth Hacker LiveChat, satu pasukan growth chat akan mencari halangan yang dikenalpasti membantutkan perkembangan. Dari situ pasukannya akan mengambil peluang dan menembusi halangan tersebut. Beliau dan pasukannya akan mengulangi proses tersebut berulang kali. Berikut adalah proses yang dilalui pasukannya:

  • Menjana idea (apa-apa sahaja yang dapat meningkatkan perkembangan
  • Menyusun (menganggar impak potensi dan sumber yang diperlukan)
  • Menguji (mencuba setiap iterasi dan menguji setiap satunya)
  • Analisa (membandingkan keputusan kepada hipotesi dan menyoal “kenapa”)
  • Optimasi (mengaplikasikan hasil pencarian untuk membetulkan proses)
  • Ulang semula

Terdapat banyak cara untuk mengukur kejayaan sesebuah perniagaan. Metrik terbaik untuk mengukur pencapaian dikenali sebagai  “Metrik Lanun” atau AARRR yang terdiri daripada:

  • Acquisition (perolehan)
  • Activation (pengaktifan)
  • Retention (pengekalan)
  • Revenue (hasil)
  • Referrals (rujukan)

Metrik ini dapat membantu memfokuskan perhatian kepada aspek-aspek penting dalam sesuatu perniagaan dengan mengariskan beberapa soalan-soalan penting contohnya seperti:

  • Acquisition : Bagaimana pelanggan menjumpai anda?
  • Activation :  Bagaimana pengalaman pengguna terhadap produk anda?
  • Retention : Adakah pelanggan kembali menggunakan produk anda?
  • Revenue : Bagaimana anda menjana pendapatan?
  • Referrals : Adakah pengguna menghebahkan produk anda kepada orang lain?

Bagaimana Mengaplikasikan Growth Hacking Dalam Pasukan?

Sesuatu aktiviti growth hacking yang berkesan memerlukan satu stuktur proses yang ketat pada setiap iterasi dan penskalaran. Terdapat empat langkah mudah yang boleh diaplikasikan kedalam pasukan.

  1. Produk Yang Sempurna. Sebelum menjadikan sesuatu produk sebagai pemangkin pertumbuhan, amat penting untuk memastikan produk yang ditawarkan kukuh dan sedia untuk di lepaskan dan memenuhi keperluan dan kehendak hasil dari analisa dan data terhadap sasaran pasaran.
  2. Tetapkan Matlamat Yang Boleh Diukur. Kejayaan bergantung kepada menentukan tindakan tepat yang akan membantu sasaran perkembangan secara keseluruhan. Dengan ini, ia akan menghadkan tindakan yang tidak berkaitan pada masa yang sama memaksimakan penumpuan dan masa terhadap ujikaji dan penghalusan pendekatan.
  3. Ujikaji Pendekatan. Ujikaji adalah amat penting untuk menganggarkan tindakan yang berkesan dan sebaliknya. Merekod setiap ujikaji yang mudah dapat membantu mengimplimentasikan kombinasi terbaik untuk meningkatkan perkembangan
  4. Analisa Prestasi. Data yang dikumpul adalah penting untuk memastikan anda berada pada landasan yang betul. Data-data ini dapat digunakan untuk melaraskan dan mengadaptasi untuk mencapai matlamat sasaran perkembangan.
  5. Optimasi. Perbaiki tindakan atau langkah sebelumnya untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari perancangan asal.

 

 

 

One Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.