Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

9 Pengasas Syarikat Teknologi Bawah 35 Tahun Yang Bergelar Jutawan

4.86K 0

Menjadi seorang usahawan pada usia muda pasti menjadi impian semua orang bukan? Tetapi bukan mudah untuk menuju ke arah status jutawan, namun ia juga bukan mustahil. Sebagai contoh, Mark Zuckerberg sendiri menjadi usahawan sewal usia 23 tahun!

Kini semakin ramai golongan muda menjadi multi-jutawan dengan produk internet. Berikut merupakan 9 orang tech founder yang menjadi jutawan pada usia yang muda.

1. Pavel Durov (Rusia)

Kredit imej

Adakah anda mempunyai aplikasi Telegram? Kalau anda nak tahu, jejaka kelahiran Rusia inilah pemilik kepada rangkaian app Telegram. Pada usia belum usia belum pun menjangkau 30 tahun, beliau telah digelar sebagai Mark Zuckerberg Rusia kerana memperkenalkan laman sosial VK di negaranya.

2. Patrick dan John Collison (Ireland)

Kredit Imej
Kredit imej

Pasangan adik beradik ini telah memperkenalkan perisian yang diberi nama Stripe pada tahun 2010. Stripe ini fungsinya seperti Paypal. Ia memudahkan sebarang transaksi kewangan melalui internet. Mereka turut digelar “Mark Zuckerberg Ireland”.

Pada usia 28 tahun, syarikat mereka ini telah pun bernilai berbillion dolar!

3. Quek Siu Rui (Singapura)

Kredit Imej

Anda penah dengar nama Quek Siu Rui? Kalau anda nak tahu, lelaki inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan aplikasi Carousell, salah satu aplikasi yang sedang berkembang pesat di Malaysia. Melalui aplikasi ini anda boleh menjual ataupun membeli pelbagai jenis barangan preloved dengan lebih mudah.

Lelaki yang baru berumur 30 tahun ini sanggup berhenti belajar semata-mata untuk membangunkan aplikasi ini.

4. Yoshikazu Tanaka (Japan)

Getty Images

Pada usia 26 tahun, Tanaka telah memperkenalkan rangkaian sosial yang diberi nama SNS Gree. Pada tahun 2010, beliau telah menjadi pemilik syarikat termuda yang berjaya meletakkan syarikatnya di Tokyo Stock Exchange.

Pada waktu itu, usianya baru sahaja menjangkau 33 tahun, dan kini aset beliau dianggarkan bernilai sekitar $1.7 bilion Dolar.

5. Micheal Litt (Kanada)

Kredit Imej

Semuanya bermula pada tahun 2010 untuk projek tahun akhir pengajian Litt di University of Waterloo. Beliau telah mengasaskan Vidyard, Ia meupakan satu platform kepada para peniaga untuk memperkembangkan perniagaan mereka melalui penggunaan video.

Anggaran kekayaan beliau adalah sekitar $26 juta!

6. Daniel Ek (Sweden)

Kredit imej

Daniel Ek merupakan pengasas aplikasi Spotify. Kalau anda hendak tahu, Spotify bukanlah syarikat pertama yang ditubuhkan oleh lelaki ini. Sebelum ini beliau telah menjual syarikatnya kepada TradeDoubler dan juga eBay.

Sewaktu berusia 33 tahun, beliau dianggarkan telah memilik kekayaan sebanyak $400 juta!

7. Gustavo Caetano (Brazil)

Pada tahun 2004 lelaki asal Brazil ini telah menukarkan syarikat mobile-game-distribution kepada Samba Tech. Perubahan yang dilakukan ini telah memberi impak yang besar kepada lelaki 30-an itu. Kini syarikat tersebut menjadi platform video online terbesar di Amerika Latin.

8. Mubarak Muyika (Kenya)

Kredit imej

Muyika merupakan seorang remaja yang sangat berbakat dalam bidang teknologi dan juga perniagaan. Seawal usia 16 tahun, beliau telah berjaya mendapat bayaran 6 angka hasil penjualan syarikatnya Hypecentury Technologies.

9. Deepak Ravindran (India)

Kredit imej

Pada tahun 2008, lelaki ini mengambil keputusan berani berhenti daripada universiti. Beliau dan 3 lagi rakan telah menubuhkan Innoz, sebuah syarikat yang membantu rakyat India menggunakan carian Google dan juga Wikipedia melalui pesanan ringkas.

Disebabkan liputan internet di sana kurang meluas, teknologi yang mereka tawarkan ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Jadi, siapa kata anak muda tak boleh bergelar multi-jutawan?

Sumber: Majalah Labur

Aspirasi MasterClass : Dalami Pemikiran Pengasas Syarikat Permulaan

Tidak lama lagi, akan diadakan satu masterclass berkaitan dengan Memulakan Dan Membangunkan Sebuah Syarikat Permulaan akan diadakan penghujung Februari ini.

5 CEO dan CTO akan berkongsi bagaimana mereka memulakan perniagaan dalam satu sesi pembelajaran istimewa yang anda boleh pelajari nanti. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah

  • Bagaimana memulakan syarikat permulaan
  • Bagaimana menukarkan idea kepada bisnes bertaraf global
  • Bagaimana untuk mencari pelanggan
  • Bagimana untuk melancarkan produk
  • Dan bermacam-macam lagi.

Layari laman AspirasiMasterclass.com untuk maklumat lanjut

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.