Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

8 Game Engine Paling Popular Untuk Bangunkan Sebuah Video Game

3.34K 0

Anda mungkin pernah mendengar terma tersebut, tetapi apakah sebenarnya enjin permainan (game engine)?

Ia adalah nadi utama dalam pembangunan sesebuah permainan video. Pembangun akan menggunakan game engine untuk menentukan fizik, input, rendering, pengturcaraan, pengesan pelanggaran, kecerdasan buatan, dan pelbagai lagi fungsi untuk mengerakkan sesebuah permainan video.

Ia penting untuk membina kerangka permainan video supaya pembangun dapat memberikan tumpuan kepada elemen-elemen unik seperti model watak, tekstur, interaksi objek dan sebagainya.

Dengan adanya game engine, pembangunan sesebuah permainan video lebih pantas berbanding bermula dari kosong yang akan mengambil masa yang lebih lama. Walaubagaimanapun, terdapat juga syarikat yang membina sendiri game engine.

Berikut adalah 10 Game Engine Paling Popular Digunakan.

Unreal Engine

Salah satu engin paling popular yang banyak digunakan secara meluas adalah Unreal Engine oleh Epic Games.

Versi asalnya dikeluarkan pada tahun 1998 dan 17 tahun kemudian, ia digunakan oleh banyak permainan video yang popular setiap tahun.

Antara tajuk permainan yang menggunakan Unreal Engine termasuklah siri Gears of War, Mass Effect, Bioshock, dan siri Batman: Arkham.

Kelebihan utama enjin ini adalah kebolehan mengubahsuaikannya untuk menjadikan permainan video satu pengalaman permainan yang unik. Versi terkini adalah Unreal Engine 4.

Unity

Unity adalah salah satu multi-platform game engine yang membolehkan anda menghasilkan kandungan 3D interaktif dengan mudah.

Kebanyakkan pembangun indie menggunakan Unity kerana fungsinya, kandungan berkualiti, dan kebolehannya untuk membina pelbagai bentuk permainan.

Antara tajuk yang dikenali menggunakan Unity adalah Lara Croft Go, Her Story, Pillars of Eternity, dan Kerbal Space Program.

Apa yang menarik mengenai Unity adalah Personal Edition yang anda boleh muat turun secara percuma. Ia mengandungi hampir kesemua fungsi penting yang boleh digunakan untuk membina sebuah game pada mana-mana pelantar.

Manakala Professional Edition memerlukan anda membayar yuran bulanan, dilengkapi dengan lebih banyak fungsi tambahan seperti akses beta, laporan prestasi, lesen dan pelbagai lagi.

GameMaker

Tidak seperti game engine yang lain, GameMaker tidak memerlukan kemahiran pengaturcaraan. Sebaliknya, pengguna hanya perlu “point-and-click” untuk mencipta permainan. Ia lebih pantas berbanding menggunakan bahasa pengaturcaraan.

Antara tajuk permainan video yang menggunakan GameMaker adalah Spelunky, Hotline Miami, Super Crate Box, dan Hyper Light Drifter.

Walaupun ia lebih senang digunakan, tetapi ia mempunyai fungsi terhad dalam membangunkan sebuah permainan berbandign enjin yang lain. Terdapat dua versi iaitu versi percuma dan versi berbayar.

Godot

Enjin Godot sesuai untuk membina permainan video 2D dan 3D. Enjin ini menyediakan pelbagai alatan yang biasa digunakan untuk membina sebuah permainan.

Ia percuma digunakan dan dari sumber terbuka melalui lesen MIT. Oleh hal demikian, tiada royalti, yuran langganan dan syarat yang ketat dikenakan. Apa sahaja yang dibangunkan melalui Godot adalah hak milik anda.

Godot juga mempunyai komuniti yang aktif dalam membangunkan ciri-ciri dan fungsi tambahan yang baru selain memperbaiki pepijat. Komuniti yang aktif menunjukkan enjin ini mendapat sambutan dan boleh bertanyakan soalan-soalan berkaitan dengan masalah Godot.

AppGameKit

Enjin ini mudah untuk dipelajari, sesuai untuk beginner, hobbyists & Indie developers. Ia memfokus kepada membina apps dengan pantas dan kongsikan pada pelbagai pelantar. Ia lebih tertumpu kepada pembangunan permainan video mobile, tetapi boleh digunakan pada

  • iPhones and iPads
  • Linux
  • HTML5 Browsers
  • Raspberry Pi
  • MacOS
  • Windows
  • Android

Walaubagaimanapun, enjin pembangunan ini tidak percuma dan berharga US$79.99, tidak termasuk add-ons seperti Visual Editor dan sebagainya.

CryEngine

CryEngine adalah satu enjin permainan video yang menghasilakan visual yang mengkagumkan. Grafiknya sangat cantik dan watak dalam permainan kelihatan seperti sebenar.

Tidak seperti AppGameKit, enjin ini percuma untuk digunakan. Anda akan mendapat kod sumber penuh dan kesemua fungsi engin tanpa perlu membayar sebarang yuran lesen, royalti mahupun caj yang tersebunyi.

CryEngine boleh digunakan pada beberapa pelantar, antaranya:

  • Xbox One
  • PlayStation 4
  • Windows PC
  • Oculus Rift

Jika anda merancang untuk membangunkan permainan Virtual Reality, CryEngine sesuai digunakan.

Selain itu, CryEngine juga dilengkapi dengan pelbagai sumber pembelajaran dari tutorial, forum dan dokumentasi untuk bermula; memandangkan enjin ini mempunyai keluk pembelajaran disebabkan kekuatan enjin ini.

CryEngine juga mempunyai marketplace yang menawarkan pelbagai pakej-pakej aset siap cipta untuk penggunaan terus di dalam enjin.


Amazon Lumberyard

Amazon Lumberyard dibangunkan oleh Amazon. Berdasarkan laman tersebut, Lumberyard, percuma digunakan tanpa royalti mahupun yuran. Kelebihan enjin ini adalah ia boleh berintergrasi dengan Twitch dan AWS tanpa gangguan.

Jika anda merancang untuk membina pemainan video multiplayer, Lumberyard adalah pilihan terbaik.

RPG Maker

Selamat untuk dikatakan enjin ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mencipta permainan video. Tidak kira tahap kemahiran, RPG Maker membolehkan anda merekacipta sebuah permainan yang lengkap dari mula sehingga akhir.

RPG Maker membolehkan anda mengubahsuai segala aspek permainan dengan antaramuka yang mudah digunakan, sesuai untuk pemula malah cukup berkuasa untuk mereka yang berpengalaman.

Pengguna berpengalaman boleh mengambil kesempatan terhadap pengetahuan pengaturcaraan Javaskrip untuk mengubahsuai permainan dari konsep permainan sehingga Menu UI.

Sebaliknya, pengguna tanpa pengalaman pengaturcaraan, masih mampu membina sebuah permainan yang lengkap, cuma terhad kepada fungsi yang ditawarkan oleh enjin.

Sumber: Gamedesign.org


Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.