Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Contoh Terbaik 7 Pitch Deck Syarikat Permulaan dan Apa Yang Boleh Anda Pelajari

4.92K 0

Jika anda perlu mengumpul modal teroka untuk syarikat permulaan anda, langkah pertama adalah menghasilkan Pitch Deck. Pitch deck adalah satu pembentangan ringkas yang memberikan pelabur gambaran keseluruhan perniagaan yang dijalankan, sama ada mempersembahkan produk, berkongsi model perniagaan, memberi gambaran, strategi mengewang atau memperkenalkan pasukan dalam syarikat.

Pitch deck adalah satu alat penting untuk mengumpul dana, tidak kira apapun jumlahnya. Walaupun pembentangan ringkas dengan hanya 10 slaid atau kurang, menghasilkan pitch deck yang berjaya membawa masuk pelaburan, bukan tugas yang mudah.

Berikut adalah 10 Pitch Deck daripada beberapa Syarikat Permulaan yang terkenal untuk bantu anda mendapat idea menghasilkan sebuah Pitch Deck yang Menang!

Facebook.com

Facebook tidak mempunyai pitch deck, walaubagaimanapun, syarikat ini mempunyai media kit yang mengandungi company’s value proposition, key metrics, dan juga perkhidmatan pemasaran yang digunakan untuk menjual pengiklanan kepada pelanggan berpotensi.

Fokus pitch deck berdasarkan kepada maklumat yang kukuh seperti engagement, trafik, pengguna dan growth metrics.

Airbnb

[slideshare id=45768374&doc=airbnbfirstpitchdeck-150312141444-conversion-gate01]

Airbnb adalah pelantar yang membolehkan pengguna untuk menyenaraikan, mencari dan menyewa tempat tinggal.

Syarikat ini adalah antara kisah-kisah syarikat permulaan yang berjaya pada masa kini. Airbnb pitch deck adalah antara rujukan utama usahawan di seluruh dunia.

Apa yang anda boleh pelajari dari pitch deck ini adalah pada bahagian pengenalan. Ia berkaitan dengan cara untuk menarik minat audien. Anda perlu menerangkan perniagaan anda menggunakan beberapa perkataan sahaja.

Ianya seperti menerangkan sesuatu perniagaan kepada kanak-kanak berusia 5 tahun. Jika anda tidak dapat berbuat demikian, maka anda perlu mengubah bahagian pengenalan anda kepada pelabur.

LinkedIn

[slideshare id=27367069&doc=linkedindeck-131019171822-phpapp02]

Diasaskan pada 2002, LinkedIn adalah pelantar rangkaian media sosial yang lebih tertumpu kepada perniagaan.

Pitch deck syarikat ini menerangkan tentang nilai syarikat, nilai yang diperoleh dari rangkaian tersebut dan bagaimana ia berbeza dengan media sosial yang lain.

Apa yang anda boleh pelajari adalah pitch deck ini memberikan analogi kepada pelabur, apakah LinkedIn. Sebagai contoh, apakah “Web 1.0 lwn Web 2.0”; Alta vista dahulunya “Search 1.0” dan kini Google adalah “Search 2.0”. Ia juga menerangkan bagaimana LinkedIn berbeza dengan media sosial yang lain.

Mint

[slideshare id=2819463&doc=calutions-mintsoftware-100102232344-phpapp01]

Mint adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatatan pengurusan kewangan peribadi yang membantu pengguna mengesan perbelanjaan dan cara untuk menjimatkan wang.

Contoh pitch deck ini digunakan untuk pertandingan dan tidak pernah digunakan untuk mengumpul dana. Walaubagaimanapun, ia adalah sebuah pitch deck yang hebat dan syarikat permulaan baru boleh menimba ilmu daripadanya.

Apa yang anda boleh pelajari adalah pitch deck ini memberikan penerangan value proposition yang jelas. Pencipta pitch deck ini memahami keperluan pelabur dan salah satunya adalah mekanisma keluar pelaburan jika pelabur tidak berminat.

BuzzFeed

[slideshare id=66715392&doc=buzzfeedpitchdeck-161004121416]

BuzzFeed adalah antara salah satu syarikat permulaan yang banyak menghasilkan kandungan berbentuk video dan anda mungkin pernah menontonnya di YouTube. Sehingga kini, BuzzFeed telah mengumpul dana sebanyak US$240 juta.

Apa yang ada boleh pelajari adalah pitch deck mereka memberikan Social Proof. Mereka menunjukkan maklumat-maklumat penting seperti jumlah pengguna yang melawat laman web setiap bulan, kenyataan dari organisasi besar seperti CNN.

YouTube

[slideshare id=56558364&doc=youtubepitchdeck-151230174251]

YouTube diperolehi oleh Google pada tahun 2006 untuk $1.6billion. Malangnya, ini bukan pitch deck asal, tetapi pitch deck kepada Sequoia Capital (salah satu pelabur Modal Teroka yang terkenal dan terbaik dalam industri.)

Apa yang anda boleh pelajari adalah syarikat tersebut menegaskan matlamat utama untuk menjadi sumber kandungan video, dan berjaya berbuat demikian. Ia menunjukkan jika anda tahu apa yang produk anda boleh lakukan, mampu tunjukkan potensinya, dan bina momentum pada pelaburan awal, maka anda mampu mencapai potensinya.

Sequoia Capital

[slideshare id=46231251&doc=sequoiacapitalpitchdecktemplate-150324123928-conversion-gate01]

Sequoia Capital adalah salah satu firma pelaburan dari Sillicon Valley dan pitch deck ini adalah templat yang mereka cadangkan untuk diikuti.

Apa yang anda boleh pelajari adalah anda tidak perlu meneka apa yang firma pelaburan perlukan berdasarkan pitch deck ini. Segala slaid yang disediakan dalam templat ini adalah maklumat-maklumat yang diperlukan oleh sebuah Firma Modal Teroka.

Anda boleh lihat 23 lagi contoh pitch deck yang hebat disini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.