Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

7 Microsoft Office Alternatif Percuma Terbaik.

4.42K 0

Microsoft Office adalah satu-satunya office suite yang diguna pakai secara meluas dan boleh dikatakan hampir setiap komputer atau laptop baru di lengkapi dengan perisian ini. Harga satu salinan original  office suite ini boleh mencecah ratusan ringgit, lebih-lebih lagi sejak model perniagaan Microsoft telah berubah dimana jika dahulu, anda hanya perlu beli sekali dan terus menjadi milik anda.

Kini, anda terpaksa melanggan dengan bayaran RM37.99 sebulan atau RM379.99 setahun. Meskipun demikian, anda dapat muat turun versi dan kemaskini yang terkini. Jika bajet menjadi satu masalah berikut adalah 7 alternatif kepada Microsoft Office yang percuma jika anda tidak mahu membazirkan wang melanggan.

Google Doc

Google Docs adalah Office Suite yang paling popular selepas Microsoft Office. Lengkap dengan aplikasi untuk spreadsheet dan powerpoint. Apa yang membuat Google Doc popular adalah ia tidak perlu di pasang pada komputer kerana ia berada pada server awan Google yang boleh diakses di mana-mana asalkan mempunyai capaian internet. Antaramuka yang ringkas, ia berfungsi dengan baik, lancar dan amat mudah digunakan tanpa perlu berfikir panjang.

Salah satu kelebihan perisian atas awan ini, dokumen yang dihasilkan boleh dikongsikan kepada sesiapa sahaja tanpa penerima perlu memasang Google Docs pada komputer mereka. Ia juga boleh import fail DOCX, XLSX dan PPTX tetapi tidak boleh export. Sehubungan itu juga, Google Docs tidak dapat menghasilkan dokumen-dokumen yang kompleks.

Aspek terbaik Google Docs:

  • Storan 15GB percuma
  • Mengesan perubahan dan menyimpan sejarah dokumen
  • Kerjasama waktu-nyata sehingga 50 pengguna serentak
  • Intergrasi dengan perkhidmatan Google yang lain seperti Gmail dan Calender

Zoho Office

Zoho Office antara office suite yang mempunyai antaramuka yang lancar dan profesional. Sesuai digunakan untuk satu kumpulan yang kecil dimana perisian ini dilengkapi fungsi perbincangan dan kerjasama waktu-nyata, tandatangan digital dan banyak lagi.

Salah satu kelebihan Zoho Office yang tidak terdapat pada office suite percuma yang lain adalah kebolehan untuk hantar dokumen terus ke WordPress menjadikan ia satu alat blog yang efektif.

Aspek terbaik Zoho Office:

  • storan percuma 5GB melalui Zoho Docs
  • menyimpan sehingga 25 fail sejarah dokumen
  • Mengimport dan eksport fail Microsoft Office dengan sempurna
  • Komunikasi waktu-nyata antara penyumbang

Microsoft Office Online

Tidak sah jika tidak memasukkan Microsoft Office Online, alternatif kepada Microsoft Office. Ia adalah versi ringkas Microsoft Office penuh yang berbayar. Versi ini online ini adalah response Microsoft kepada Google yang menawarkan Google Docs.

Fungsinya sama seperti Mircrosoft Office desktop, cuma beberapa fungsi advance tidak dapat digunakan seperti pivot tables. Jika anda biasa menggunakan Microsoft Office desktop dan tidak mahu melalui kerenah office suite lain. maka versi online ini adalah office suite terbaik dimana ia serasi dengan semua fail dokumen dari versi desktop.

Aspek terbaik Microsoft Office Online

  • Serasi dengan semua office suite dari Microsoft
  • Akses kepada OneDrive
  • Boleh di akses di mana-mana sahaja dengan adanya capaian ke internet.

OnlyOffice

Kebarangkaliannya anda tidak pernah dengar perisian ini, tetapi ia dikatakan jauh lebih hebat dari pesaing yang lain. Ia satu-satunya perisian yang mengunakan format Microsoft Office, tidak seperti perisian office yang lain. Jika anda tidak suka dengan antaramuka Microsoft Office yang mengelirukan, anda akan suka antaramuka OnlyOffice yang ringkas dan profesional serta lebih cantik dari LibreOffice.

Jika anda mahukan perisian office yang sehebat Microsoft Office tetapi percuma seperti LibreOffice, maka OnlyOffice adalah pilihan terbaik. Menariknya, OnlyOffice juga menawarkan versi awan yang membolehkan anda pasang pada pelayan milik anda dan menyediakan akses pribadi kepada mereka yang berada dalam rangkaian.

Aspek terbaik OnlyOffice:

  • Sumber terbuka dan percuma untuk kegunaan pribadi
  • Ringkas dan antaramuka profesional tanpa elemen yang mengganggu
  • Import dan export fail Microsoft Office tanpa sebarang perubahan kepada kandungan dan format
  • Self-host untuk akses pribadi dalaman enterprise
  • Suntingan kerjasama dan perkongsian fail waktu nyata

SoftMaker FreeOffice

Perisian yang ringan ini lengkap dengan segala ciri-ciri yang anda perlukan dan dari sebuah office suite yang moden. Ia adalah office suite alternatif pertama yang boleh membaca dan menulis dalam format Microsoft Office. Ini bermakna anda boleh buka dan sunting fail Microsoft Office tanpa perlu risau format lari dari asal.

Mempunyai antaramuka yang kemas dan cantik, SoftMaker memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih rupa antaramuka sama ada dalam bentuk klasik yang hanya memaparkan menu dan toolbar atau rekabentuk yang moden seperti yang ditunjukan Microsoft Office. Kesimpulannya, SoftMaker Office amat responsif, efektif, pantas dan seronok digunakan.

Aspek terbaik SoftMaker Office:

  • Tab antaramuka membolehkan suntingan pelbagai dokumen dalam satu masa.
  • Dua antaramuka untuk dipilih, klasik atau moden
  • Mudah-alih, boleh di pasang pada pemacu USB untuk digunakan di mana-mana sahaja
  • Berkebolehan untuk undur ke versi sebelumnya

LibreOffice

Tidak sah jika LibreOffice tidak dimasukkan kedalam senarai ini. Antara alternatif terbaik bagi Microsoft Office yang percuma dan terbuka. Boleh digunakan pada Windows, Mac dan Linux. Office suite ini telah lama diperkenalkan dan kini ia bakal hadir dengan versi 6.0 yang lebih baik dengan penambahbaikan prestasi, pembetulan pepijat, dan sistem lebih baru yang mudah untuk dinavigasi.

Walaupun ia menyokong fail Microsoft Office, ia tidak memformat fail dengan sempurna menyebabkan ada kalanya format dokumen lari dari asal.

Aspek terbaik LibreOffice:

  • Percuma, terbuka dan cross-platform
  • Alatan terbina untuk menghasilkan dokumen yang kompleks, buku dan laman web.
  • Beratus-ratus templat untuk dimuat turun
  • Mengembangkan fungsi dengan beratus-ratus LibreOffice extension 

WPS Office

Sebelum ini dikenali sebagai Kingsoft Office, WPS Office adalah satu office suite yang amat hebat. Ia didatangi dengan segala keperluan dengan fungsi-fungsi unik seperti PDF conversion, PDF merging adn splitting, penyulitan dokumen, beratus template dan font, tab dokumen suntingan dan bermacam-macam lagi.

Walaubagaimanapun, apa yang tidak menarik mengenai WPS Office adalah versi percumanya datang bersama iklan. Beberapa fungsi yang berguna dipagar dengan iklan penaja dan hanya boleh diguna selama 30minit selepas menonton iklan. Kelemahan ketara apabila WPS Office digunakan pada perkakasan yang tidak berkuasa. Bermakna komputer riba yang lama tidak dapat menyokong penggunaan WPS Office dengan cekap dan lancar.

Aspek terbaik WPS Office

  • Storan percuma sehingga 1GB melalui WPS Office Cloud
  • Perkongsian dokumen yang mudah melalui WPS Office Cloud
  • Tab dokumen untuk suntingan antara dokumen
  • Beratus-ratus templat dan font
  • Terbina alatan PDF termasuk kebolehan untuk simpan dalam format PDF

 

 

Sumber gambar

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.