Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

57 Syarikat Permulaan Yang Berstatus Unicorn Pada 2017

3.9K 0

Bagi sesebuah syarikat permulaan, mencapai penilaian $1 billion adalah satu tanda aras yang amat penting. Syarikat-syarikat yang mencapai tanda aras ini dikenali sebagai Unicorn.

Walaubagaimanapun, ia bukan pengukur kejayaan masa hadapan berdasarkan statistik-statistik tahun kebelakangan.

Pada 2017, terdapat 57 syarikat permulaan yang melepasi tahap unicorn, dan ia termasuk beberapa syarikat yang dikenali dari Reddit, Quora, hinggalah Toutiao (kini dinilaikan pada $20billion) dari China yang pantas berkembang seolah-olah muncul secara tiba-tiba.

Pelabur-pelabur yakin bahawa syarikat-syarikat ini akan menyediakan pelantar dan produk untuk masa hadapan dan mereka meletakan pertaruhan besar yang syarikat-syarikat ini akan mencapai sasaran. Adakah mereka akan capai sasaran tersebut seperti yang digembar-gemburkan atau akan berakhir begitu sahaja?

57 Unicorn pada 2017 boleh dikatakan jumlah yang amat tinggi, tetapi ia tidak boleh dibandingkan dengan jumlah unicorn pada tahun 2015 sebanyak 84 buah syarikat.

Jelas menunjukan  Venture Capitalist telah mengurangkan pelaburan dengan memfokus semula pada pemilihan pelaburan yang berkualiti daripada membuat pertaruhan besar yang tidak dijangka.

Unicorn Yang Menonjol Pada 2017

Berdasarkan data dari PitchBook, gambarajah menunjukan keseluruhan senarai penuh unicorn bagi 2017. Walaubagaimanapun, terdapat 3 syarikat yang menarik perhatian:

Toutiao (China)
Nilaian: $20 billion

Ditubuhkan pada 2012, Toutiao adalah gergasi bagi kesemua unicorn terbaru yang tersenarai. Berpusat di Beijing, Toutiao adalah pelantar cadanganan menggunakan teknologi AI yang memaparkan berita dan informasi yang berkaitan. Syarikat tersebut memaparkan kandungan kepada pengguna berdasar interaksi lepas pengguna dan juga analisis terperinci kandungan terkini. Pelantar tersebut mempunyai 120juta pengguna aktif dan baru-baru ini, membeli syarikat permulaan seperti Flipgram dan Musical.ly

Coinbase (Amerika Syarikat)
Nilaian: $1.6 billion

Sektor kriptowang sedang meletup dan berkembang dengan pesat dan coinbase telah melayar arus sejak 2012. Pelantar kripto paling pentinf di Amerika, mempunyai pengaruh yang kuat dalam sektor ini dan “Coinbase Effect” menjadi bualan setiap trader dimana-mana sahaja.  Setiap kali Coinbase memperkenalkan kriptowang yang baru kepada 10 juta penggunanya, ia mampu mempengarui visibility and liquidity menjadikan harga tidak menentu. Seperti mana ia berlaku kepada Litecoin dan Bitcoin Cash. Setiap pergerakan Coinbase di tetap oleh pengguna kripto dan influencers.

Alisports (China)
Nilaian: $1.0 billion

Penglibatan Alibaba dalam bidang sukan tidak dipandang sebelah mata. Dengan kerjasama Sina Corp (Telekom China) dam Yunfeng Capital Co (venture capital), Alibaba berharap Alisports dapat memasuki pasaran sukan China yang berjumlah RMB 5 Trillion. Alisports juga melihat e-sports memiliki potensi yang besar dan ia menjadikan pelantarnya sebagai pusat utama.

Sumber Asal

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.