Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

5 Situasi Yang Membolehkan Anda Berada Dalam Masalah Jika Anda Menggunakan Perisian Cetak Rompak

4.08K 0

Menurut Global Software Survey yang dilakukan oleh The Software Alliance (BSA), nilai komersial perisian cetak rompak di seluruh dunia adalah USD46.3 bilion, manakala 37% perisian yang dipasang adalah tidak berlesen.

Di Malaysia, sering terdengar kisah-kisah individu yang memuat turun perisian dan kandungan atas talian dengan menggunakan alasan yang sama: harga perisian asli adalah terlalu mahal, maka memuat turun versi cetak rompak adalah lebih mudah.

Tetapi adakah ia lebih berbaloi?

Ramai dari kita yang menggunakan perisian cetak rompak untuk penggunaan profesional dan peribadi dan menganggap risiko terbesar penggunaan perisan cetak rompak adalah dalam bentuk virus. Walaupun demikian, ia bukan sahaja memberi risko kepada anda malah syarikat – syarikat juga akan terdedah.

Sebagai sebuah pesanan khidmat masyarakat, berikut adalah situasi sebenar yang anda akan alami sekiranya anda menggunakan perisian cetak rompak.

1. Anda Boleh Disaman, Atau Dipenjara

Pada April tahun ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyerbu beberapa firma kejuruteraan di Pulau Pinang kerana menggunakan perisian cetak rompak.

Kelengkapan yang berharga RM 479,000 telah dirampas setelah Adobe dan Microsoft sebagai ahli  The Software Alliance, membuat aduan kepada Kementerian. Mengikut Akta Hak Cipta 1987, pengurusan syarikat yang melanggar akta ini akan disaman antara RM2,000 sehingga RM20, 000 untuk setiap salinan.

Jika anda tidak bernasib baik dan anda mempunyai perisian cetak rompak Microsoft Word, syarikat anda terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada RM40,000 sehingga RM400,000.

Dan bukan sahaja sesiapa yang menggunakan perisian cetak rompak akan berada di dalam masalah, malah Pengurus Senior juga akan menerima hukuman penjara selama 5 tahun.

Jadi, selamatkan syarikat anda dari ditimpa masalah dengan menggunakan perisian yang asli, termasuk diri anda sendiri.

2. Virus Dan Malware Hanyalah Permulaan

Anda kenal pop up yang anti – virus cuba memberi amaran kepada anda namun anda hanya biarkan ia? Itu bukan satu langkah yang baik. Menurut Digital Citizen Alliance, pengguna Internet adalah 28 kali lebih terdedah dengan malware apabila menggunakan perisian cetak rompak.

Berikut adalah risiko yang anda akan terima apabila anda memuat turun perisian yang tidak asli:

Nama “lanun” sahaja adalah satu amaran, kerana kebanyakan program dibina dengan satu laluan belakang untuk membolehkan kumpulan lanun yang bertanggunjawab mengubah program tersebut dan mencipta pelbagai masalah.

Sebagai contoh, ransomware adalah sejenis malware yang mengunci komputer anda sehingga anda membayar wang tebusan.

Jadi, pastikan anda menyimpan kerja anda di atas talian sekiranya ia terjadi kepada anda. Ataupun, elakkan dari menggunakan perisian cetak rompak.

3. Anda Sedang Membunuh Industri, Dan Ia Hanya Menyusahkan Anda

Ramai yang berpura – pura mengatakan cetak rompak ini lebih baik dari merompak kedai, tetapi hakikatnya ia adalah pekara yang sama. Banyak perniagaan yang terkesan.

Soalannya, adakah memuat turun perisian cetak rompak ini menyusahkan pengguna itu sendiri? Jawapannya ialah ya dan tidak.

Ini adalah satu senario untuk anda – bayangkan 1000 pengguna memuat turun perisian cetak rompak “Perisian A”

Jika pembina perisian ini tidak begitu dikenali, ia boleh membuatkan mereka berhenti dari berada di dalam industri kerana tiada sesiapa yang mahu membayar mereka. Pengguna juga akan kerugian kerana perisian masa depan yang mereka tidak dapat bina.

Mari kita lihat pada satu contoh yang lain. Di dalam hal ini, “Perisian B” dibina dan ditubuhkan oleh syarikat seperti Microsoft, atau Valve. Apabila perisian ini dimuat turun secara cetak rompak oleh pengguna yang ramai, mereka mengaplikasikan perlindungan (safeguards).

Safeguard ini akan melibatkan kos tambahan untuk pembangunannya. Dan dari mana datangnya kos tambahan untuk menghalang cetak rompak untuk menanggung kerugian berkekalan dari orang yang memuat turun perisian ini secara percuma? Ya – ia datang dari anda.

4. Anda Tidak Boleh Mengemas Kini Perisian Anda, Dan Anda Akan Hidup Dengan Ralat Perisian

Dalam kebanyakan kes, pembangun perisian akan memberikan sokongan di dalam bentuk kemas kini kerana ralat akan sentiasa muncul. Kemas kini tersebut selalunya akan kelihatan biasa pada waktu awal, namun perbezaan akan dilihat lama – kelamaan.

Untuk kebanyakan perisian cetak rompak, program kemaskini tersebut perlu di ubahsuai (cracked) dengan tampalan yang diberikan oleh bootlegger.

Tampalan ini akan memberhentikan perisian dari memuat turun kemas kini dan kebanyakkan perisian yang tidak berlesen akan berhenti berfungsi sepenuhnya apabila ia di kemas kini.

Apabila ia berlaku, anda akan tersekat dengan menggunakan perisian yang lama dan ralat serta tidak dapat dibaiki dengan apa – apa cara. Jadi, jika anda menggunakan perisian cetak rompak, jangan merungut tentang perisian yang ralat – anda yang bersalah.

5. Kerosakan Perisian, Dan Anda Akan Menanggung Kerugian

Apabila anda memuat turun perisian cetak rompak, anda tidak mengetahui ia datang dari mana. Ini bermaksud anda tidak mengetahui sama ada ia rosak ataupun tidak.

Dan ia akan memberikan kesan kepada kerja anda. Bayangkan anda pergi ke pusat membeli – belah dan mengetahui bahawa jurutera yang membinanya menggunakan perisian kejuruteraan yang tidak berlesen. Ia agak meragukan.

Menurut laporan ini, memecahkan perisian memerlukan kita untuk mengubah kod di dalam sistem, yang akan memberikan kesan buruk kepada prestasi perisian tersebut.

Jadi, ia tidak akan berfungsi, tidak boleh menyimpan, dan fail yang rosak selepas anda siap. Tiada debat tentang perisian cetak rompak dan asli yang lengkap tanpa menyebut tentang sistem operasi yang menjaga sebuah komputer. Apabila sistem operasi anda terjejas, semua benda akan turut terjejas.

Perisian asli mungkin agak mahal, tambahan pula perisian cetak rompak amat mudah untuk didapati. Tetapi, kelebihannya adalah lebih banyak dari keburukan, memastikan kualiti kerja anda, keselamatan sistem anda, dan memastikan anda tidak dipenjarakan.

Kebanyakan peranti moden dilengkapi Windows 10 asli, yang membolehkan orang ramai menggunakan sepenuhnya ciri – ciri produktifnya. Sama ada anda menggunakan Lenovo, Asus Swift atau mengemas kini Windows anda, ada banyak akibatnya apabila anda menggunakan perisian cetak rompak.

Sumber, gambar asal

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.