Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

5 Implikasi Yang Mungkin Berlaku Jika MaGIC Cyberjaya Di Bubarkan

3.04K 0

Baru-baru ini, Perdana Menteri Dr. Tun Mahathir mengumumkan beberapa agensi kerajaan akan dibubarkan. Antaranya ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara (MPN), dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Terdapat laporan mengatakan MaGIC Cyberjaya akan menerima nasib yang sama. Walaubagaimanapun, kemungkinan ia salah faham ketika Tun Mahathir menjawab pertanyaan yang lain. MaGIC telahpun mengeluarkan kenyataan dan mengatakan Perdana Menteri masih sedang mengkaji semua agensi kerajaan dan keputusan akhir akan ditentukan apabila kajian selesai dijalankan.

“This morning the Prime Minister said that the review of all government agencies is still underway. He mentioned that final decisions would be made once this review was concluded and that some but not all of the agencies under review will be disbanded. We are watching the situation closely and waiting for further updates. In the meantime its business as usual for us at MaGIC as we continue our work to create a vibrant, open and collaborative entrepreneurship ecosystem in Malaysia that helps to nurture and inspire entrepreneurial talent as well as helping enable corporates to better connect and innovate with the startup community around them.”

Jika benar MaGIC akan bubarkan, ia pasti akan membawa kesan yang negatif terutamanya kepada ribuan usahawan yang banyak mendapat manfaat dari program-program yang dijalankan oleh MaGIC. Berikut adalah 7 implikasi yang mungkin berlaku jika MaGIC dibubarkan.

Perkembangan Dan Pembangunan Ecosystem Syarikat Permulaan Tergendala.

MaGIC ditubuhkan pada 27 April 2014 dan telah menjadi antara agensi kerajaan yang menjadi tulang belakang landskap syarikat permulaan. MaGIC telah menjadi pemangkin kepada ekosistem keusawahawanan dan pertambahan syarikat permulaan berdaya maju, yang mencapai kejayaan serantau dan peringkat global. Salah satu contoh terbaik adalah RunCloud.io.

Segala perancangan, kerjasama yang terjalin, perjanjian, pemecutan yang telah dilakukan untuk faedah usahawan syarikat permulaan dan pelabur-pelabur mungkin akan jadi sia-sia. Syarikat permulaan yang mendapatkan bimbingan dari MaGIC akan kehilangan Key Players yang dapat mengangkat syarikat-syarikat ini ke tahap global.

Program Bimbingan Berhenti Setengah Jalan

Pada 2015, tahun pertama MaGIC beroperasi, seramai 13,811 usahawan telah menerima latihan melalui MaGIC Academy dan mendapat manfaat dari bimbingan tersebut. Jika MaGIC dibubarkan, bagaimana nasib usahawan-usahawan yang sedang mendapatkan bimbingan? Ke mana hendak mereka tuju apabila MaGIC dibubarkan? Ya, terdapat agensi kerajaan mahupun swasta yang lain, tetapi apakah kosnya? Berkemungkinan besar usahawan syarikat permulaan perlu mula balik dari kosong (dimana, ia amat membuang masa) dan mengeluarkan belanja yang besar“Time is money, and money is time.”

Antara program bimbingan yang mendapat sambutan menggalakan seperti”

  • Global Accelerator Programme – membantu menjadikan syarikat permulaan sedia-dilabur dalam masa 4 bulan,
  • e@Stanford – program inovasi dan keusahawanan di Stanford Universiti dan jalinan rangkaian dengan Silicon Valley,
  • Magic Academy Symposium – konferens terbesar di rantau untuk menghubungkan usahawan, pengasas, pelabur dan syarikat permulaan dalam satu acara.

Akses Sumber Pembiayaan Dan Rangkaian Kepada Pelabur-pelabur Tertutup

MaGIC Central mempunyai database sumber dari 76 agensi kerajaan dan lebih 180 organisasi swasta bagi memudahkan syarikat permulaan yang baru bertapak untuk berkembang dengan pesat. Ia menyediakan jambatan untuk menghubungkan usahawan dengan agensi kerajaan dan swasta. Pastinya dengan pembubaran agensi ini akan menyebabkan hubungan antara usahawan dan agensi kerajaan dan swasta terputus atau menjadi sukar.

Apa kata, jika pelabur hanya mahu bekerjasama dengan MaGIC kerana sudah menjalinkan memorandum kesefahaman dan mereka tidak mahu melalui segala kerenah-kerenah penyediaan kertas kerja? Apa akan terjadi kepada pembiayaan-pembiayaan yang sepatunya disalurkan kepada usahawan-usahawan baru yang berharap, lebih-lebih lagi yang telah dijanjikan akan menerima pembiayaan?

Acara-acara Yang Telah Dirancang Dibatal

Mengikut kalender MaGIC, terdapat 22 acara-acara yang memberi manfaat kepada usahawan syarikat permulaan berasaskan teknologi, terpaksa dibatalkan. Antaranya, :

  • Fundamental In Artificial Intelligence,
  • Fundamental of IoT, Design Thinking Application,
  • Fundamental in Augmented/ Virtual Reality
  • dan lain-lain.

Ia bukan sahaja memberi kesan kepada usahawan, malah kepada penceramah jemputan antarabangsa yang mungkin telah membeli tiket penerbangan ke Malaysia. Ia akan memberi kesan buruk kepada imej Negara.

Sebahagian dari acara yang dijalankan adalah acara yang berbayar dan harganya mencecah ribuan ringgit. Jika dibubarkan, sudah semestinya yuran penyertaan perlu dikembalikan. Acara-acara sebegini biasanya melibatkan kos operasi. Bukankah ia satu kerugian jika sejumlah wang telah dikeluarkan untuk menampung kos tersebut?

Lain-lain Implikasi

Pembubaran MaGIC perlu juga dilihat pada sudut perspektif yang lain. Dari segi pandangan mata kakitangan MaGIC. Pembubaran juga bermaksud kehilangan pekerjaan. Bagi pegawai kerajaan, ia tidak menimbulkan masalah kerana mereka boleh di serap dan di pindahkan ke agensi atau jabatan lain. Bagaimana nasib kakitangan bukan kerajaan? Adakah terdapat sebarang pampasan bagi mereka?

Bagaimana pula dengan kontrak dan perjanjian? Adakah pembubaran akan menyebabkan pembatalan kerjasama antara usahawan dan pelabur mahupun pemegang saham atau sebarang pelanggaran yang boleh menyebabkan di kenakan tindakan mahkamah? Banyak lagi implikasi akan berlaku yang dilihatkan menjurus ke arah kesan-kesan negatif.

Apa-apapun keputusan Perdana Menteri Dr. Tun Mahathir, diharapkan MaGIC tidak dibubarkan atas alasan dan kepentingan politik. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Ashran Dato’ Ghazi, selagi nasib belum ditentukan, “It’s business as usual”…

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.