Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

4 Naga Muda Bakal Menggegar Industri ICT Negara

5.31K 0

NEF berbangga dengan ahli-ahli, malah juga AJK yang nampaknya semakin mencorak perkembangan industri ICT negara ini. Namun kali ini, kami mengetengahkan empat individu yang juga memegang jawatan dalam NEF, yang semakin meningkat naik dalam industri. Perniagaan yang mereka usahakan nampaknya menempa kejayaan demi kejayaan.

Pastinya tidak lama lagi, sebesar nama mereka sekarang, akan menjadi lebih besar dalam masa terdekat ini. Tanpa sebarang turutan tertentu, inilah 4 Naga Muda dari NEF.

ATAS: Izzairi Yamin (ZeptoExpress) Syed Ahmad Fuqaha (Katsana) Nadhir Ashafiq (TheLorry) Ahmad Amran (AIST, Wahdah.my) Arif Tukiman (RunCloud, CoolCode) Mukram (wakil Pahang) Nas Sobri (wakil Penang) Ridzuan Sidek (wakil Kelantan) Farid Nor (TemanHidupKu.com, AIDAN, Setiausaha) BAWAH: Linda Rasip (Dropee, Aleph1) Lilyana Latiff (MYNEF) Iszuddin Ismail (E-Sentral, VP1) Rashdan Ramlee (Netcarbon, Presiden) Yusno Yunos (Y’Us, Evenesis, VP2) Nuraizah (Madcat World, Bendahari) Coach Hasril (AJK)

 

Syed Ahmad Fuqaha – Katsana.com – AJK

Beliau adalah pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif Katsana Holdings Sdn. Bhd. – sebuah syarikat permulaan berasaskan data telematik (GPS Tracking & Fleet Management System) yang ditubuhkan pada tahun 2014. Pemenang Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (Superb) siri pertama 2014, beliau telah menerima geran RM499,000 daripada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) untuk membangunkan Katsana ke peringkat seterusnya.

Pada Ogos 2016, Syed Ahmad Fuqaha melalui syarikatnya KATSANA, berjaya mementerai satu perjanjian dengan pelaburan berjumlah RM4.0 juta oleh Axiata Digital Innovation Fund (ADIF) , sebuah badan pelaburan Axiata Berhad.

Misi Katsana adalah untuk membantu Malaysia merendahkan kemalangan jalan raya menggunakan ‘data analytics’. Sehingga hari ini, Katsana telah menganalisa 1.062 billion kilometer data perjalanan dan mengumpul data secara purata, 2.4 – 3.6 juta kilometer setiap hari. Data yang dikumpul membolehkan Katsana membina algoritma untuk mengenalpasti corak pemanduan seseorang pemandu dan memberi markah berdasarkan pemanduan tersebut.

Kepakaran Katsana dalam menganalisa corak pemanduan menyaksikan Katsana menandatangani beberapa MoU (Memorandum-of-Understanding) dengan syarikat-syarikat insurans terkemuka di Malaysia iaitu Allianz Malaysia Berhad, Etiqa Insurance Berhad dan Etiqa Takaful Berhad. Perjanjian Persefahaman tersebut juga disokong oleh Axiata Business Services Sdn Bhd.

Katsana merupakan peserta MaGIC Accelerator Program tahun 2015, Finalis Maybank Fintech 2016, Finalis Alliance Bank SME Challenge 2016, wakil Malaysia bagi program Singapore SmartCity 2017, Nissan Infiniti Smart Mobility 2017 di Singapura & Hong Kong, wakil Malaysia bagi Asian Entrepreneurship Award 2017 di Jepun, dan juga diberi peluang berucap semasa 2018 3rd Asian Conference for Big Data and Analytics for Insurance yang diadakan di Singapura.

Memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina dari Universiti Malaya, Syed Ahmad Fuqaha pernah berkhidmat sebagai Pengarah Operasi Serantau di iJoomla LLC dan Pengurus Projek di Slashes And Dots untuk projek JomSocial.

Mohd Izzairi Yamin – ZeptoExpress.com – AJK

Pemenang Chairman’s Choice Award, Malaysia Rice Bowl Awards, 2017, Mohd Izzairi Yamin adalah pengasas ZeptoExpress yang menawarkan perkhidmatan last mile delivery. Bermula pada Januari 2016, Beliau telah memacu ZeptoExpress kehadapan dan kini telah merekrut 1700 partners dari seluruh Kuala Lumpur, Selangor, Penang dan Johor Bahru.

Syarikat permulaan yang berstatus MSC ini, telah membuka cawangan di London,UK dan Milan, Italy. Antara kejayaan lain yang telah dicapai dalam masa dua tahun penubuhan; disenarai pendek untuk Pitch@Palace Malaysia dan Echelon Top 100, dan Finalis Magic e@Standford di Sillicon Valley, Amerika Syarikat. Beliau juga telah masuk senarai The 100 Most Influential Young Enterpreneurs 2016.

ZeptoExpress juga telah menerima anugerah MyCyberSale Top 3 Service Award, yang berlangsung pada bulan Oktober 2017.

Mendapat pendidikan di International Islamic College Malaysia, beliau juga adalah CTO Avidity Ventures Pte Ltd, dan pernah menjadi CTO untuk Xyiry Technologies Sdn. Bhd.

Arif Tukiman – RunCloud.io – Wakil Negeri Johor

Beliau adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cool Code Sdn Bhd, yang bertindak sebagai Strategis dan Product Manager bagi RunCloud.io. Sebuah SaaS yang menawarkan perkhidmatan pengurusan server PHP dengan menyediakan tetapan dan aturan server yang terbaik.

Beliau adalah antara penerima Geran Cradle CIP300, program pre-seed yang menyediakan bantuan kewangan dan nilai tambah sehingga RM300,000 bagi usahawan untuk memulakan usaha perniagaan berasaskan teknologi inovatif.

Antara pencapaian terbesar yang telah dicapai oleh beliau; RunCloud terpilih dan mendapat tawaran untuk sertai TechCrunch Disrupt di Berlin serta ditemuramah oleh TechCrunch, pemenang TechSauce Global Summit untuk Roadshow Kuala Lumpur dan juga pemenang IPCC untuk Best Digital Games MDEC.

Syarikat permulaan teknologi ini adalah Alumni MaGIC Accelerator Programme (GAP) program ini bertindak untuk memecutkan syarikat permulaan yang berminat untuk mengembangkan perniagaan di rantau Asia dan sedia untuk dilabur dalam masa 4 bulan. Program ini antara sebab RunCloud.io berkembang pantas. Ia telah mencatatkan hampir 19,000 domain, 8,600 database, 11,000 aplikasi web dan 3,700 dibawah pengurusan mereka di seluruh dunia.

Beliau memegang Ijazah Sarjana Sains Information Technology Entrepreneurship dari Universiti Technology Malaysia.

Nadhir Ashafiq – TheLorry.com – AJK

TheLorry ditubuhkan pada tahun 2014 oleh pengasas Nadhir Ashafiq. Syarikat permulaan ini bertindak seperti Uber di mana ia menyediakan pelantar atas talian yang menghubungkan pemandu lori dengan masyarakat yang ingin memindahkan barang dari A ke B. Sebelum membangunkan TheLorry, Nadhir pernah bekerja di CIMB sebagai management trainee melalui program Complete Banker Programme. Kemudian beliau diambil bekerja di salah sebuah syarikat pengangutan udara dan logistik.

Beliau yang berada dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia, telah mengembangkan syarikat ini ke tahap global termasuk Singapura, Thailand, Filipina dan akan memasuki pasaran Indonesia. Sehubungan itu, banyak syarikat gergasi menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Unilever, Coca Cola, Etika (Pepsi) dan banyak lagi. TheLorry telahpun melepasi pusingan Siri A dan telah mendapat suntikan dana dari SPH Media Fund.

Nadhir Ashafiq telahpun melanjutkan pelajaran keperingkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan dari Curtin University.

Nadhir juga bijak dalam menggunakan isu semasa untuk mengetengahkan syarikat kepada umum dengan pelbagai video pendek yang telah diterbitkan. Antaranya termasuk yang menampilkan Syaheizi Sam, video isu perkauman dan lain-lain. Beliau juga sangat mendokong konsep pembangunan syarikat secara lean atau Lean Startup.

***

Pastinya empat anak muda ini, sejauh yang mereka telah pergi, akan pergi lebih jauh. Dan melalui NEF, diharapkan mereka akan dapat menyumbang kembali kepada komuniti dalam apa bentuk sekali pun. Untuk kita yang lain, semoga ini menjadi inspirasi agar kita juga berusaha untuk menjadi NAGA!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.