Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

3 Juara Hebat Industri Agrikultur, Automotif, & Animasi

3.16K 0

9 bulan telah berlalu sejak Otakit.my menemu ramah ramai usahawan-usahawan dalam pelbagai bidang dan kepakaran. Apabila membaca kembali artikel-artikel temuramah tersebut, banyak pengalaman, cabaran dan perkongsian menarik telah dicatatkan yang boleh dijadikan sebagai inspirasi dalam perniagaan.

Sehubungan itu, OtakIt.my menghubungi kembali 3 usahawan pertama yang telah memenuhi ruang kategori temuramah bagi mengikuti perkembangan mereka, susulan daripada temuramah yang dijalankan.

Ashraf Shuib – AbiAgro.com.my

Pengasas kepada Abi Agro, Ashraf Shuib merupakan seorang siswazah yang bertani menggunakan teknologi pertanian moden fertigasi. Beliau juga menguruskan sebuah laman e-commerce, Abiargo.com.my yang menjual dan membekal alatan pertanian moden terutama alatan fertigasi dan hidroponik.

Apa yang menarik, pemegang Ijazah Sarjana Muda Pembangunan, telah mencipta dan merekabentuk sebuah robot khas untuk membantu petani dalam pelbagai operasi perladangan. Farm Assist Robort For Multi Operation, FARMO merupakan sebuah robot untuk membantu petani melakukan operasi semburan racun kimia atau organik di kebun.

Terkini, beliau telah menubuhan Farmotic Sdn. Bhd khas untuk kajian FARMO dan pembangunan robot tersebut sehingga versi kelima. Sebuah kebun contoh juga sedang dalam pembinaan untuk tanaman halia bagi membolehkan FARMO digunakan sepenuhnya di ladang tersebut.

Robot FARMO pernah menyertai pertandingan SUPERB 2016 siri 2. Walaubagaimanapun, hanya berjaya masuk peringkat akhir dengan versi FARMO v2.

FARMOTIC juga dalam proses memohon geran Malaysia Technologi Development Corporation bagi tujuan R&D. Pada masa yang sama, syarikat beliau disenarai pendek untuk kolaborasi eLadang MDEC bagi tahun 2018.

Baca temuramah khas Otakit.my bersama Ashraf Shuib di sini.

Ahmad Amran – Wahdah.my

Ketua Pegawai Teknikal WAHDAH Technologies Sdn Bhd,  sibuk membangunkan laman Wahdah.my dengan kemaskini dan penambahbaikan yang memberi manfaat kepada pengusaha perkhidmatan sewa kereta. Pada masa yang sama, beliau fokus kepada pencarian dan pengesahan segmen baru untuk mengembangkan lagi pasaran.

Wahdah.my ditubuhkan pada 2016 kerana ingin menyediakan solusi penuh dari tempahan, pemanduan dan pulangan untuk ekosistem pengusaha kereta sewa. Atas penyediaan solusi tersebut, lebih 200 operator dan 1300 kereta sewa bernaung di bawah pelantar WAHDAH.

Kali terakhir OtakIt.my menemuramah Ahmad Amran, banyak penambahbaikan telah dilakukan untuk meningkatkan mutu dan taraf perkhidmatan yang disediakan. Antaranya:

Wahdah Untuk Perniagaan. Sebuah solusi sistem semua dalam satu yang membolehkan pengurusan dan perbelanjaan pengangkutan sesebuah syarikat.

Live Car – Permohonan segera kereta sewa. Satu sistem yang membolehkan pelanggan membuat tempahan kereta pada saat-saat terakhir (jika ada) yang disediakan oleh rakan kongsi pelantar Wahdah.my

WAClub. Keahlian premium yang menyediakan pelbagai faedah kepada ahli-ahli yang menyertai.

Bermula dengan dua lokasi perkhidmatan, Kuala Lumpur dan Johor Baharu, Wadah.my telah berkembang dari seluruh Malaysia dan kini, dua lokasi terbaru dibuka iaitu Langkawi dan Kota Kinabalu.

Baca temuramah khas Otakit.my bersama Ahmad Amran Kapi di sini.

Rahsdan Ramlee – Netcarbon Sdn. Bhd. 

Berlatarbelakang pendidikan BSCEE, Computer Engineering, Electrical Engineering dari Purdue Universiti, Rashdan Ramlee adalah pengasas Netcarbon Sdn. Bhd dan juga presiden NEF.

Syarikat yang ditubuhkan pada 2003, adalah syarikat yang bertanggungjawab  menghasilkan siri animasi kanak-kanak SuperTots dan SuperSquad.  Ilham untuk menghasilkan animasi tersebut datang setelah melihat gelagat anak-anak beliau.

Sehingga kini, siri animasi SuperSquad telah ditayangkan di Indonesia GlobalTV, MediaCorp Singapore and MediaPrima Malaysia dengan jumlah mingguan mencecah 3 juta penonton. Netcarbon juga telah menjalinkan kerjasama dengan Karangkraf untuk menghasilkan Komik 3D Augmented Reality (AR) pertama di Malaysia.

Penerima Geran Bumiputera Content Industry Initiative Fund (BCi2) dari MDEC, syarikat kendalian Rashdan Ramlee ini pernah menerima beberapa anugerah berprestij antaranya, Silver Medal ITEX 2017, Silver Medal MTEX 2017, Gold Medal PECIPTA 2017, Best Animation NEF-AWANI Awards.

Baca temuramah khas Otakit.my bersama Rashdan Ramlee di sini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.