Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

10 Syarikat Permulaan Terbaik Di Asia Tengara Yang Mendapat Pembiayaan Terbesar

4.37K 0

Tahun 2017 menunjukkan syarikat permulaan di Asia Tengara mencipta rekod pembiayaan sebanyak US$7.8 billion menurut data dari Tech In Asia. Penigkatan mendadak dari tahun 2016 berjumlah US$2.5 billion. Persoalannya sekarang, siapakah raja yang berjaya mengumpul dana terbesar di rantau ini? Berikut adalah senarai 15 syarikat permulaan tersebut.

1. Grab

Jumlah: $4.1 billion

Peringkat Pembiayaan: Siri G

Kategori: Pengangkutan

Selain pengangkutan, Grab telah mengambil langkah berani untuk menjadi sebuah fintech. Baru-baru ini mendapat pembiayaan terbesar dalam satu pusingan sebanyak US$2 billion, menjadikan ia syarikat permulaan yang dinilaikan pada US$6 billion tertinggi di rantau ini.

2. LAZADA

Jumlah: $2.66 billion

Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan

Kategori: Edagang

Diasaskan oleh Rocket Internet, ia kini menjadi aset terpenting Alibaba untuk mencapai cita-cita global. Jack Ma membeli sebahagian saham LAZADA pada harga UD$1 billon pada 2016. Pada tahun berikutnya, menambah pegangannya sebanyak US$1 billon, menilaikan LAZADA pada US3.2 billion.

3. Sea

Jumlah: $1.66 billion

Peringkat Pembiayaan: Siri E

Kategori: General Internet

Asalnya dikenali sebagai Garena dan disokong oleh Tencent; sebuah firma permainan video, melalui penjenamaan semula untuk mencerminkan sasaranya mendominasikan rantau ini. Ia kemudiannya memasuki bidang pembayaran digital dengan memperkenalkan AirPay dan eDagang dengan Shopee. IPO Sea US$884 juta kini dinilaikan pada US$4 billion

4. Tokopedia

Jumlah: $1.34 billion

Peringkat Pembiayaan: Siri G

Kategori: Marketplace

Syarikat permulaan eDagang dan marketplace terkenal di Indonesia, ia kini disokong oleh Alibaba setelah menerima tawaran US$1.1 billion.

5. Matahari Mall

Jumlah: $641.8 juta

Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan

Kategori: Edagang

Disokong oleh Lippo, syarikat permulaan ini bercita-cita menjadi Alibaba Indonesia. Walaubagaimanapun, ia berhadapan dengan persaingan yang ketat termasuk juga Alibaba sendiri.

6. Go Jek

Jumlah: $550 juta

Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan

Kategori: Pengangkutan

Syarikat permulaan unicorn pertama Indonesia. Go Jek bermula sebagai aplikasi panggilan taxi dan motosikal. Ia kemudiannya berkembang kepada penghantaran makanan, barangan runcit, dan lain-lain. Ia memiliki mobile wallet tersendiri iaitu Go-Pay. Dilaporkan bahawa Tencent dari China adalah salah satu penyokong.

7. Traveloka

Jumlah: $500 juta

Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan

Kategori: Pelancongan

Syarikat permulaan dari Indonesia ini berjaya mengumpul US$ 350 juta pada tahun lepas dari Exepedia. Ia bakal bekerjasama dengan Expedia untuk meluaskan perkhidmatan ke rantau Asia dan kemudian keseluruh dunia.

8. AirTrunk

Jumlah: $307 juta

Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan

Kategori: Infrastuktur Internet

Menyediakan gudang sejuk-beku dipenuhi dengan server kepada penyedia perkhidmatan awan. AirTrunk membina pusat data berskala besar di seluruh Asia dan Australia.

9. iflix

Jumlah: $298 juta

Peringkat Pembiayaan: tidak dinyatakan

Kategori: Muzik dan Hiburan

Iflix berjaya mengumpul US$133 pada tahun lepas untuk boost produksi original content tempatan. Data analitik dari firma App Annie menunjukkan ia adalah aplikasi strim teratas di beberapa pasaran baru muncul di seluruh Asia dan dikatakan Netflix dari US sedang mengejar dari belakang.

10. Zalora

Jumlah: $238 juta

Peringkat Pembiayaan: Siri C

Kategori: Edagang

Fesyen dikatakan niche  yang sedang berkembang dengan pesat di Asia Tengara di terajui oleh Zalora. Ia menjana jualan sebanyak US$268 juta dan menjana keuntungan sebanyak US$108 juta, sembilan bulan pertama pada tahun 2016.

Sumber

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.