Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

10 Permainan Mobile Teratas Dari 2008 Hingga 2018

1.91K 0

Beberapa tahun yang lepas, permainan mobile tidak mendapat sambutan sepertimana permainan konsul, bergelut untuk mendapatkan kredibiliti dan jualan. Kini ia berdiri sebagai sebuah industri yang bernilai berbillion

Melihat kepada keadaan semasa, sambutan terhadap industri ini sedang meningkat. Pakar percaya pendapatan industri global permainan mobile akan meningkat dari US$56 billion pada 2017 kepada US$106.4 billion pada 2021.

Pada 2016, jumlah pendapat permainan mobile, melebihi PC dan konsul buat pertamakalinya. Berikut adalah 10 permainan mobile teratas dari 2008 hingga 2018.

2018: Rolando

Kredit imej: sea.mashable.com

Pelantar: iOS

Rolando adalah antara permainan mobile terawal yang disenaraikan pada App Store semasa ia dikeluarkan sedekad yang lalu. Permainan berbentuk puzzle-adventure boleh dikatakan permainan yang menunjukkan potensi permainan iPhone sebagai pelantar permainan video.

2009: Angry Birds

Pelantar: iOS, Android

Siapa sangka sebuah permainan casual puzzle melontarkan burung tanpa sayap untuk memusnahkan binaan yang menempatkan khinzir bewarna hijau akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Permainan ini telah dimuat turun sebanyak 3 billion kali. Popularitinya bergerak melampaui batas permainan, menghasilkan pasaran untuk barangan cendermata dan penghasilan filem animasi.

2010: Cut The Rope

Pelantar: iOS, Android

Dengan rekaan bijak tahap permaian diggabungkan dengan seekor katak hijau, Cut The Rope melangkau generasi dengan menyediakan permainan mencabar dan menyeronokkan. Walaupun permainan ini mudah untuk dipelajari, ia amat mencabar untuk dikuasai. Permainan ini telah dimuat-turun sebanyak 250 juta kali.

2011: Grand Theft Auto III

Pelantar: iOS, Android

Rekaan semula lengkap bedasarkan kepada permaianan asal Grand Theft Auto III, adaptasi iOS dan Android mengekalkan konsep dan formula yang sama. GTA III mobile ini pada iPhone, hampir setanding dengan versi asal pada PS2.

2012: Raymen Jungle Run

Pelantar: iOS, Android

Antara salah satu permainan yang ditunggu-tunggu pada tahun 2012. Raymen Jungle Run menggabungkan kawalan yang responsif dengan persekitaran yang cantik, dan lagu latar belakang yang mantap; membantu pengalaman permainan yang menyeronokkan.

2013: Plant Vs Zombies 2

Pelantar: iOS, Android

PopCat mengambil masa yang lama untuk terbitkan siri kedua susulan kepopularan siri pertama Plant Vs Zombies. Penantian peminat terbalas dan berbaloi apabila sekuel ini dimuat-turun sebanyak 25 juta kali dalam masa 2 minggu ia di terbitkan. Dibina berasaskan idea asal, sekuel kedua memaparkan tumbuhan, penjahat, cabaran yang baru pada 3 zaman yang berbeza.

2014: Monument Valley

Pelantar: iOS, Android

Monument Valley adalah satu hasil yang menakjubkan. Pemain dikehendaki membimbing seorang puteri bernama Ida melalui teka-teki geometrikal disebuah alam berwarna-warni seperti kaleidoscope diiringi muzik yang mengerikan. Pembangun Ustwo berjaya menjana pendapatan sebanyak US$14.4 juta pada dua tahun pertama permainan ini diterbitkan.

2015: Lara Croft Go

Pelantar: Android, iOS

Square Enix Montreal telah berjaya mengadaptasikan permainan dikatakan antara yang paling sukar dengan watak heroin yang diminati ramai ke dalam bentuk mobile. Lara Croft Go menjiwai permainan asal Tom Raider dengan cemerlang. Lengkap dengan teka-teki, pertarungan dan platforming.

2016: Pokémon Go

Pelantar: iOS, Android

Dengan gabungan augmented reality dan permainan yang mudah, ini satu-satunya pemainan yang menggalakkan pemain untuk keluar dari rumah. Permainan ini juga telah menyebabkan bangunan pejabat, komplek membeli-belah dijadikan sebagai “gym” untuk bertarung dengan pemain yang lain. Dalam masa 19 hari, permainan ini telah dimuat-turun sebanyak 50 juta kali pada pelantar android.

2017: Animal Crossing Pocket Champ

Pelantar: iOS, Android

Permainan yang diterbitkan oleh Nintendo ini membolehkan anda membuka campsite bersama animal campers dan ia merupakan permainan siri Animal Crossing pertama dalam bentuk mobile.

2018: PlayersUknown Battleground & Fortnite

Pelantar: iOS, Android

2018 milik permainan genre battle royale dengan PUBG dan Fornite menjadi perintis utama genre tersebut. Walaupun mempunyai konsep yang sama, namun bezanya dapat dilihat pada visual dan gaya permainan. Kedua-dua permainan ini telah mengumpul jutaan pemain di seluruh dunia.

Sumber: https://sea.mashable.com

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.