Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

TERAJU Menawarkan Geran SUPERB RM500,000. Pohon Sekarang!

3.97K 2
TERAJU Menawarkan Geran SUPERB RM500,000. Pohon Sekarang!

Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) membuka peluang kepada usahawan berbakat yang mempunyai idea kreatif dan inovatif untuk menyertai program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB). Bertemakan “Disruptive Technology,” Program, ini menawarkan geran perniagaan sehingga RM500,000.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Kanan TERAJU, Megat Mohd Yatim Megat Hamid berkata, “Superb dirancang khusus untuk membantu individu atau syarikat baharu untuk membangunkan dan mengubah ilham, idea, atau penemuan baharu kepada model perniagaan yang berjaya.”

Teknologi Disruptif

Merujuk hantaran pada Facebook page TERAJU, “Disruptive Technology (Teknologi “disruptif”) merupakan teknologi yang mengubah cara perniagaan beroperasi. Contohnya telefon pintar, peruncitan e-dagang, virtual reality dan lain-lain lagi. Teknologi ini mungkin memaksa syarikat untuk mengubah cara pendekatan operasi perniagaan mereka, risiko kehilangan pelanggan/pengguna atau berisiko untuk menjadi tidak relevan.“

RM100 juta geran di peruntukan untuk membiayai syarikat pemulaan Bumiputera dan sehingga kini, 137 syarikat telah menerima geran pemulaan tersebut. Program yang telah masuk siri ketiga ini dibuka kepada Bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun.

Setiap pemohonan akan menyertai “Business Challenge” dengan membentangkan idea perniagaan terlebih dahulu didepan panel hakim sebelum diluluskan oleh Jawatankuasa TERAJU yang terdiri daripada usahawan perniagaan yang berjaya. Pemenang cabaran ini akan ditawarkan pembiayaan sehingga RM500,000 untuk membangunkan idea menjadi prototaip/ proo-of-concept untuk tujuan pengkomersilan.

Geran superb

Pemenang yang berjaya akan mendapat manfaat dari pelbagai sokongan nilai tambah untuk membantu memupuk, membangun dan menyediakan usahawan dari bawah ke atas. Sokongan ini termasuk bimbingan, latihan kewangan, pembiayaan lebih lanjut, sokongan akses pasaran, peluang rangkaian, penyempurnaan idea dan produk serta pemantauan pembangunan idea.

Program SUPERB ini memberi fokus kepada industri Komunikasi, Kandungan & Infrastruktur, Elektronik & Elektrik, Pemborong & Runcit, Minyak Sawit & Getah, Minyak, Gas & Tenaga, Perkhidmatan Kewangan, Perkhidmatan Perniagaan, Penjagaan kesihatan, Pertanian, Pendidikan, Pelancongan, dan sebarang sektor lain yang mempunyai elemen teknologi, inovasi dan / atau kreativiti.

Syarat-syarat permohonan program ini:

  • Pemohon adalah Bumiputera Malaysia berusia 18 hingga 40 tahun
  • Pemohon adalah usahawan baru atau usahawan yang mencari peluang kedua
  • Syarikat pemohon sekurang-kurangnya 60% dimiliki oleh Bumiputera Malaysia
  • Majoriti pengarah dan pengurusan syarikat adalah Bumiputera Malaysia
  • Pemohon individu, atau syarikat yang beroperasi kurang dari 3 tahun, boleh memohon

Usahawan baru atau syarikat yang berminat untuk memohon program geran SUPERB ini bolehlah terus ke alamat web berikut, www.superb.teraju.gov.my dan mendaftar dengan mengisi borang atas talian. Taikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2017. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghantar e-mail kepada [email protected].

2 Comments

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.