Berita dan Info Bisnes ICT

Tentang T-shirt Percuma

,
1.65K 1

Tentang ’t-shirt’ percuma

Saya berkhidmat di sektor ICT dan non-profit organisation semenjak tahun 2009. Dipermulaan kerjaya sekitar awal tahun 2001, saya berkhidmat di sektor pembinaan dan pembuatan. Bekerja dengan majikan dari negara matahari terbit, saya terbiasa dengan peraturan dan konsep 5S yang menjadi amalan setiap pekerja. Disitu, gaya kerja dan juga kod pakaian adalah lebih formal ataupun berpakaian seragam.

Pada awalnya, saya merasa terkejut, apabila melihat para usahawan ICT dan pekerja syarikat ICT yang hanya pergi ke pejabat atau menghadiri mesyuarat dengan memakai t-shirt dan jeans sahaja. Paling mengejutkan apabila saya ke pejabat mereka dan melihat para pekerja hanya memakai selipar sahaja! *gasp* dan kadangkala rambut mereka seperti tidak bersikat langsung *horror*. Namun begitu, lama kelamaan saya mula memahami kenapa ia berlaku. Kenapa mereka memakai ’t-shirt’ ?

Ia merupakan satu langkah strategik dimana ’t-shirt yang dipakai adalah dari jenama mereka sendiri. Dengan memakai jenama syarikat/produk sendiri, para pekerja ibarat iklan bergerak dan secara tidak langsung menjadi duta kecil syarikat masing-masing. Ia menjadi pencetus idea perbualan dan secara tidak langsung mewujudkan kesedaran akan jenama tersebut. ‘Brilliant! atau saya yang tak berapa pandai sebelum ini? (haha)

‘On the other side of the coin’ pula, ia membantu meringankan beban pekerja berbelanja membeli pakaian khusus untuk pergi kerja. Jimat, tidak perlu beli kemeja korporat yang rata-rata berharga dari RM89.90 hinggakan ratusan ringgit untuk mereka yang mahu produk berjenama.

Malahan saya kenal salah seorang kawan industri yang hanya memakai ’t-shirt’ yang beliau dapat percuma dari program atau majlis yang beliau hadiri. Beliau memakai satu per satu ’t-shirt’ percuma tersebut tiap-tiap hari! Bayangkan penjimatan yang beliau berjaya lakukan? Mari kita kira…

Harga Kemeja : RM 89.90 x 5 helai = RM449.50
Harga T-Shirt : Percuma x 5 helai = PERCUMA! PERCUMA!

Nota: Penjimatan berjumlah RM449.50 itu boleh digunakan untuk mengisi petrol kereta !

Tidak dinafikan, di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu waktu ini, keputusan untuk tidak menetapkan pemakaian formal bagi para pekerja memang bagus sekali. Ia merupakan situasi ‘win-win’ bagi majikan dan pekerja. Syabas!

Walaubagaimanapun, dengan rendah diri saya syorkan agar setiap individu memiliki sepasang-dua pakaian formal. Tidak… bukan menyuruh anda memberontak dan menukar identiti, tetapi kadangkala haruslah kita berpakaian yang sesuai dan mengikut ‘etiquette’. Pakaian yang kemas dan bersesuaian dengan majlis akan memberikan ‘first impression’ yang baik dan seterusnya melonjakkan keyakinan diri. Psst! Jangan lupa sisir rambut sekali, mesti lebih hensem & comel!

Antara koleksi t-shirt percuma

Antara koleksi t-shirt percuma

Setelah hampir 7 tahun saya berkhidmat dengan NGO yang berteras ICT, memang sudah banyak ’t-shirt’ percuma saya perolehi. (Haha!) Saya akui, tahun-tahun awal penglibatan saya dalam industri ini saya masih mentah dan sering memakai pakaian formal pejabat yang sedia ada, lebih-lebih lagi apabila saya perlu menghadiri mesyuarat yang melibatkan jabatan kerajaan atau agensi berkaitan. Kini, saya lebih selesa memakai pakaian yang ‘smart-casual’ jika dibandingkan dahulu. Dan ya, saya memakai ’T-shirt’ percuma yang saya terima dengan penuh ‘respect’ !

‘Say yes to FREE t-shirt ;)’

One Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.