Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan NEF 2017

,
2.61K 0

Mesyuarat Agung Tahunan NEF telah diadakan pada 25 Mac 2015 yang lalu. Mesyuarat pada kali ini telah dihadiri 34 orang ahli NEF yang berbayar. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk mengemaskini tentang laporan aktiviti serta laporan kewangan NEF kepada para ahli. Pada mesyuarat tersebut ahli bukan sahaja dimaklumkan tentang aktiviti dan laporan kewangan pada tahun yang lepas, tetapi mereka juga boleh memberikan pandangan dan cadangan bagi menambahbaik persatuan ini.

Beberapa pindaan perlembagaan juga akan dilakukan pada tahun ini yang juga telah dipersetujui oleh ahli yang hadir. Pindaan perlembagaan adalah seperti berikut:

1 – Presiden NEF perlu bertukar setiap 2 penggal

2 – Mengenakan yuran keahlian kepada Ahli Bersekutu NEF

Pada tahun ini merupakan tahun pemilihan Ahli Jawatankuasa NEF yang baru. Berikut adalah senarai ahli jawatan kuasa NEF yang terbaru:

Presiden : Mohd Rashdan Ramlee

Naib Presiden I : Khairil-Izsuddin Ismail

Naib Presiden II : Mohd Yusno Mohd Yunos

Setiausaha : Mohd Farid Mohd Nor

Naib Setiausaha : Nasir Sobri

Bendahari : Nuraizah Shamsul Baharin

Ahli Jawatankuasa :

1 – Coach Hasril Noordin

2 – Nizran Noordin

3 – Syed Ahmad Fuqaha Sd Agil

4 – Dato’ Azhar Hj Ismail

5 – Mohd Izzairi Yamin

6 – Nadhir Ashafiq Zainal Abidin

7 – Haslinda Rasip

Kepada yang ingin menjadi ahli NEF, boleh mendaftar di pautan AHLI NEF. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi sekretariat NEF di talian 03-77314410.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.