Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Sejarah Penubuhan Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF)

,
4.95K 0

NEF_logo-latest 2016

Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) merupakan suara dan tulang belakang kepada pembangunan usahawan ICT Bumiputera. Di awal penubuhan, NEF merupakan sekumpulan usahawan ‘like-minded’ yang bergerak seiring. Ia kemudiannya berkembang dan didaftarkan secara rasmi dengan ‘Registrar of Society (ROS)’ pada tahun 2008.

Tujuan penubuhan NEF ini adalah untuk menjaga kepentingan usahawan industri ICT dan Kreatif Bumiputera dalam pembangunan dan pemerkasaan perniagaan berasaskan teknologi. Sejak awal lagi NEF telah menetapkan fokus untuk menjadi sebuah “platform” kepada usahawan ICT dan Kreatif dengan mengadakan pelbagai program dan inisiatif yang memberi peluang kepada mereka untuk berkembang di dalam industri ini. Program dan inisiatif ini adalah untuk memastikan setiap usahawan ICT dan Kreatif berada dalam saluran yang betul bagi membawa strategi perniagaan mereka pada pasaran yang lebih luas.

Sebagai sebuah organisasi yang mewakili Industri ICT dan Kreatif, ahli-ahli NEF merupakan usahawan bidang ICT dan Kreatif yang mempunyai kepakaran dan kepelbagaian sumber dalam bidang ICT dan Kreatif.

NEF telah menjalankan pelbagai program dan inisiatif seperti Open Innovation, NEF-Awani ICT Awards, Dialog Bumiputera, Online Business Financing (OBF), dan NEF-JomWeb Training. Program dan inisiatif ini banyak membantu dari segi pendedahan perniagaan dan peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Dari masa ke masa, NEF telah menjadi satu badan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan NEF telah mewujudkan kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan demi menjaga kepentingan industri ICT dan Kreatif serta ahli-ahli NEF. NEF juga amat berharap industri ICT dan Kreatif bukan hanya dapat membantu dalam industri yang sama, tetapi juga dapat memberi manfaat kepada industri yang lain pada masa akan datang.

Siapa Kami? 

Ahli Jawatankuasa NEF 2015-2017

Slide1

Hubungi kami di:

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.