Berita dan Info Bisnes ICT

Pentingnya Penglibatan Para Wanita Dalam Keselamatan Siber

,
321 0

Penglibatan para wanita dalam apa jua bidang adalah amat penting. Keseimbangan ini perlu bagi mengekalkan keharmonian dalam bidang yang diceburi tersebut.

Kegunaan “electronic devices” dan sambungannya ke internet semakin meningkat. Peningkatan ini membolehkan sesuatu proses kerja itu mencapai tahap kecekapan yang tinggi sekaligus merealisasikan pencapaian globalisasi ekonomi negara. Dalam pada masa yang sama, peningkatan ini juga mengundang pelbagai aktiviti jenayah siber.
Apabila jenayah siber semakin berleluasa, kita memerlukan lebih ramai pakar siber yang boleh membantu memberi nasihat dan kesedaran, memantau, mengurangkan serta membalas serangan siber seperti ‘Phishing’, ‘Web Defacement’, ‘Wireless Intrusion’, dan sebagainya.

Kekurangan dari segi kebolehan dan kepakaran individu dalam keselamatan siber adalah isu global yang serius dan tidak boleh dipandang remeh lagi. Kita harus bekerjasama demi meningkatkan kepakaran ini sekaligus memberi peluang kepada para wanita untuk melibatkan diri dalam arena keselamatan siber.

Menyedari hakikat ini, Cyber8Lab Pty Ltd dan Nullscan Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF), JomWeb dan Women Who Code Kuala Lumpur telah mengadakan bengkel simulasi serangan siber secara percuma kepada sepuluh wanita daripada pelbagai latar belakang untuk belajar cara-cara menghadapi dan membalas serangan siber seperti ‘Phishing’, ‘Web Defacement’ dan ‘Wireless Intrusion’.

Pihak kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan bengkel ini dan berharap lebih ramai yang akan tampil pada masa hadapan bagi menjayakan matlamat untuk meningkatkan penglibatan para wanita dalam bidang keselamatan siber.

Kepada para wanita yang ingin berkecimpung dalam arena keselamatan siber, terdapat beberapa kursus permulaan yang sedia ada yang boleh anda pelajari seperti ‘Security Awareness/ Security Essential’ dan ‘Foundation Certificate in Information Security (FCIS)’.

Leave A Reply

Your email address will not be published.