Berita dan Info Bisnes ICT

Pengalaman Pertama Menyempurnakan Jualan $5 Di Fiverr.com

,
898 0

Beberapa minggu lepas saya mencuba Fiverr.com sebagai penjual. Fiverr.com adalah sebuah laman web marketplace yang mengumpulkan penjual dan pembeli. Di sini anda boleh menjual dan membeli perkhidmatan (bermula) pada $5USD. Anda boleh dapatkan seseorang untuk melukis, membuat video, melakukan perkara aneh, membina laman web, membuat kerja-kerja terjemahan dan bermacam-macam lagi.

Dah lama saya anggotai Fiverr ni. Lebih dari dua tahun. Tapi baru-baru ini saya terasa untuk cuba menjual. Saya tak pernah menjual di Fiverr sebelum ini. Maka saya pun menulis sebuah gig. Gig di sini bermaksud sebuah perkhidmatan yang ditawarkan oleh penjual.

Maka ini cerita bagaimana saya mendapat jualan pertama saya di Fiverr baru-baru ini.

my-gig

Dengan kemahiran yang saya ada, saya menawarkan khidmat mengolah rekabentuk Photoshop ke HTML. Itu yang saya paling mahir dan ringkas bagi saya. Saya tidak mahu menawarkan sesuatu yang terlalu kompleks dan mengambil banyak masa. Denga khidmat sebegini juga, secara amnya spesifikasi adalah jelas di dalam rekabentun Photoshop pelanggan. Maka tidak banyak penjelasan dan perbincangan diperlukan antara penjual dan pembeli.

Oh ya! Memang saya tahu duitnya sikit ni. Iyalah! Tawaran khidmat sebegini biasanya saya tawarkan bermula dari RM200, malah pernah saya caj sehingga RM1000 untuk satu rekabentuk. Tapi kali ini saya hanya akan mendapat $5. Selepas ditolak perkongsian dengan Fiverr, $4. Dan kemudian ditolak yuran Paypal, $3 (lebih kurang). Tidak sampai RM10 untuk satu jualan. Dan kerjanya mungkin memerlukan berjam-jam lamanya. Berbaloikah?

levels

Saya pun baru belajar selok-belok Fiverr. Sebenarnya kita boleh meminta pembeli untuk membayar dengan membeli 2 gig, 3 gig, 4 gig dan sebagainya. Selain dari itu, sekiranya kita memberi perkhidmatan yang baik, pangkat penjual kita juga akan dinaikkan kepada Level One, Level Two dan Top-Rated. Pangkat-pangkat ini akan memberikan kelebihan dalam menawarkan harga.

Jadi sasaran saya yang pertama berjual di Fiverr ini adalah untuk sampai ke tahap Level One. Maka untuk sementara ini, rancangan saya adalah untuk membina kepercayaan daripada pembeli dan menawarkan khidmat ini hanya dengan harga sebuah gig – Ya! $5USD sahaja.

Baiklah! Jualan pertama saya…

Sebenarnya mula-mula agak kecewa juga kerana setelah seminggu, tiada siapa pun mencuba gig saya. Tetapi tiba-tiba saya mendapat satu pertanyaan daripada seseorang yang berminat. Ini berlaku seminggu selepas saya menawarkan gig saya. Beliau menunjukkan satu rekabentuk Photoshop dan bertanya.

Hi
I’m looking for someone to create some landing pages. This is the first image I’m looking to do.
Let me know if this is something you can do.
Thanks
Rob

Dan saya membalas.

Oh yeah. I can do that. This will sound unbelievable but if you are ready, then just (typo: get) the gig and I will get working on it. Yes, just one (for this deal) ?

Maka itulah dia jualan pertama saya. Sebenarnya kita mengalami sedikit masalah sebab web yang saya hasilkan tidak terpapar dengan baik di IE (ya, IE lagi). Tetapi saya kira lebih baik saya bersabar dan cuba selesaikan dengan baik. Dan pembeli juga bersabar dan pada masa-masa lain, dia juga rasa bersalah sebab saya banyak menghabiskan masa dengan projek $5 ini.

conversation

Tapi pengakhirannya baik. Beliau memberikan saya rating yang baik. Dan saya juga berbuat demikian untuk beliau.

review

Jadi begitulah saya membuat $5 dalam masa 2 minggu. Hahaha…! Tidak mengapa. Saya kira ini pengalaman yang baik. Dan pelanggan ini juga telah menempah lagi satu gig dengan saya. Kalau saya ada cerita-cerita yang menarik dengan Fiverr, saya akan menulis lagi.

Nota kaki: Bukanlah dah sengkek ataupun kopak bila mula mencuba Fiverr ni. Cuma sesekali nak tukar angin. Boleh juga release stress daripada kerja-kerja pejabat, selain daripada perasaan ingin tahu, dan boleh berkongsi pengalaman dengan yang lain. Oh ya! Buat modal menulis di blog juga.

 

Sumber asal: http://iszuddinismail.com/pengalaman-pertama-menyempurnakan-jualan-5-di-fiverr/#more-351

Leave A Reply

Your email address will not be published.