Berita dan Info Bisnes ICT

Pemasaran Surat Cinta Urusniaga.my Menjadi Viral

,
771 0

Surat bersampul merah jambu, berbunga-bunga, dengan nama penerima dan alamat ditulis tangan — ia bukanlah sesuatu yang asing di zaman 80-an dan 90-an. Tetapi siapa sangka di zaman email, media sosial, internet dan telefon pintar, masih ada yang menghantar “surat cinta” melalui pos dan setem.

Bagi yang sudah berkahwin, menerima surat seperti itu mengundang pelbagai persoalan daripada pasangan, seperti menerima surat cinta daripada bekas kekasih. Tapi nyata, ia sekadar surat penghargaan Urusniaga.my kepada pelanggan mereka, disertakan beberapa kepingan pelekat berlogo syarikat.

Saya pasti Nawawi dan Nizam, yang merupakan pemilik dan pembangun Urusniaga.my, semua ini sengaja sebagai satu sentuhan untuk untuk menghargai pelanggan-pelanggan di penghujung 2016 ini.

Urusniaga.my adalah sebuah aplikasi web bagi memudah pengurusan perniagaan. Ianya sesuai digunakan oleh perniagaan kecil dan sederhana dalam merekodkan segala urusniaga perniagaan seperti invois, sebutharga, rekod kewangan dan lain-lain. Dilancarkan sejak 2014, kini Urusniaga menjadi pilihan 300 usahawan dalam pengurusan rekod kewangan syarikat.

Mungkin tidak disengajakan, apabila Urusniaga menghantar surat cinta kepada pelanggan mereka, ramai daripada pelanggan telah menangkap gambar dan berkongsi di media sosial tentang pengalaman istimewa ini, menjadikan semua ini satu pemasaran yang viral untuk Urusniaga.my.

Apa pun, pastinya Urusniaga ada keunikan sendiri dalam produk dan juga dalam melayani pelanggan. Semoga terus maju.

https://urusniaga.my


Leave A Reply

Your email address will not be published.