Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Meraikan Startup ASEAN: Malam Finale ASEAN Rice Bowl Startup Awards 2016 di Manila menobatkan GRAB sebagai Startup of The Year

1.9K 0

MANILA, 28 Oktober, 2016 – Dalam usaha untuk mencari startups yang berpotensi tinggi di negara-negara ASEAN dan mengiktiraf mereka sebagai yang terbaik di kalangan yang terbaik, pemenang kepada 11 kategori ASEAN Rice Bowl Startup Awards 2016 (ARBSA) telah diumumkan pada malam Finale yang diadakan di RBL. ION MNL Unconference di Manila, Filipina.

ARBSA kali ini telah dijayakan oleh Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) dan diuruskan oleh New Entrepreneurs Foundation (myNEF). Pada tahun kedua ini, ARBSA telah bekerjasama bersama Global Startup Awards (GSA) yang berpangkalan di Denmark, dan A Space Manila merupakan event partner bagi tahun ini.

ARBSA telah mendapat 500 pencalonan di seluruh Asia Tenggara pada tahun 2015 dan jumlah itu telah meningkat kepada lebih 1,500 pencalonan pada tahun ini.

Lapan (8) negara telah berlumba untuk bersaing di peringkat ASEAN. Acara bagi peringkat nasional telah diadakan di setiap negara masing-masing: Malaysia, Filipina, Vietnam, Singapura, Thailand, Cambodia, Indonesia dan Myanmar. Setiap pemenang bagi peringkat ini akan berentap di peringkat regional bagi penentuan pemenang Best Startup of The Year pada tahun ini.

rbsa-6

Ucapan daripada CEO, New Entrepreneurs Foundation (myNEF) dan Pengerusi ASEAN Rice Bowl Startup Awards 2016

“Semangat Rice Bowl adalah ringkas. Rice Bowl adalah keusahawanan dan merupakan masa hadapan kepada Asia Tenggara. Anugerah ini adalah untuk memperkenalkan startups yang telah menyumbang dan berkembang dalam ekosistem ini. Kita juga turut meramalkan bakal unikorn yang akan menonjol dalam perniagaan dan turut serta mencabar status quo dalam setiap negara ASEAN,” kata Lilyana Latiff, Ketua Pegawai Eksekutif, New Entrepreneurs Foundation (myNEF) dan Pengerusi, ASEAN Rice Bowl Startup Awards.

Persiapan ARBSA tahun ini bermula seawal Mac 2016. Pada peringkat nasional, juri peringkat serantau telah dilantik untuk memilih pemenang untuk ARBSA ini. Para juri terdiri daripada pakar-pakar dihormati di peringkat antarabangsa, dan usahawan berjaya. Ianya termasuk:

  • Anne Cheng, Pengasas Start Up Nation (Singapore)
  • Ashran Dato’ Ghazi, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC)
  • Ariya Banomyong, Pengarah Urusan LINE (Thailand)
  • Senator. Bam Aquino, Senat Republik Filipina (Filipina)
  • David Madden, Pengasas Phandeeyar (Myanmar / Australia)
  • Erwin Soerjadi, Ketua Pegawai Eksekutif vOffice (Indonesia)
  • Hajime Hatta, Pengasas Bersama Innovatube (Vietnam / Jepun)
  • Mik Stroyberg, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif LEMONSQUEEZE (Denmark / New York)
  • Prathibha Sastry, Yayasan iSPIRT, Zon Startups (India)
  • Rithy Thul, pengasas bersama Smallworld (Cambodia)
  • Torsten Kolind, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif , YouNoodle (Denmark / San Francisco)

rbsa-2

 

PEMENANG bagi ASEAN Rice Bowl Startup Awards 2016 ialah:

1) Best Startup Enabler of the Year

NUS Enterprise – NUS Enterprise menyediakan dimensi perusahaan untuk pengajaran dan penyelidikan Universiti Kebangsaan Singapura yang melibatkan pelajar universiti, kakitangan dan alumni. NUS Enterprise menambahkan dan melengkapkan program akademik Universiti ini dan memupuk bakat untuk memiliki Global mind-set.

2) Developer Hero

Harley Trung – Co-Founder dan jurulatih CoderSchool di Vietnam. CoderSchool juga membantu syarikat-syarikat untuk mengupah coders yang dilatih dengan baik. Harley juga Pengarah Teknologi dan Bahasa Inggeris di Blue Sky Academy, dwibahasa K-12 yang menawarkan program yang unik, kurikulum yang bersepadu, menggabungkan program Vietnam Kementerian Pendidikan dan Latihan (Moet), dan Peperiksaan Antarabangsa Cambridge (CIE).

3) Best Social Media Influencer

Amarit Charoenphan – Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan & pengasas bersama Hubba, Hab Pencipta Global. Hubba merupakan ruang kerja pertama dan terbesar di Thailand yang memberi perkhidmatan kepada lebih 12,000 orang ahli di 10 lokasi. Beliau juga merupakan pengasas bersama Techsauce – media teknologi terkemuka di Thailand.

4) Startup Journalist Of the Year

Terence Lee – beliau merupakan Editor untuk Tech In Asia, dan alumni Y-Combinator. Beliau telah membantu meningkat paparan TIA tahun ke tahun sebanyak 3 kali pada 2013-2014, dan 43 peratus dari 2014 hingga 2015. Beliau juga merupakan Co-Founder  untuk sebuah syarikat startup yang di kenali sebagai NewNation.sg.

5) Best Campaign of the Year

Grab – merupakan platform ride-hailing utama di Asia Tenggara yang menawarkan perkhidmatan tempahan pantas untuk teksi, kereta persendirian dan motosikal melalui satu sistem mudah alih. Strategi go-to-market mereka telah berjaya meraih pengguna yang tidak terkira banyaknya di 6 negara dalam masa kurang daripada empat tahun.

6) Best Profesional Investor

500 Startups – 500 Startups merupakan sebuah global venture seed fund dan startup accelerator berpangkalan di Silicon Valley dengan lebih daripada USD $ 250M aset di bawah pengurusannya. Mereka telah melabur dalam pelbagai syarikat startup yang berteknologi di seluruh dunia yang kini lebih 1,500 syarikat sejak penubuhannya. Pasukan seramai lebih kurang 125 orang telah menguruskan seed investments di 20 buah negara (termasuk Malaysia) dan boleh bertutur lebih 25 bahasa. Managing Partner, Khailee Ng mngelolakan pelaburan di Asia Tenggara.

7) Best Newcomer

KFit – KFit memberikan akses kepada ahli ke studio, gim, spa, dan salun yang terbaik di bandar. KFit memudahkan orang ramai bagi mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

8) Best Social Entrepreneurial Tech Startup

Theseabilities – Theseabilities ialah syarikat design dan teknologi yang menumpukan kepada Disable Disabilities dengan merekabentuk & membangunkan produk yang memberi taraf yang sama bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di tempat kerja, di rumah dan aktiviti lain.

9) Best Disruptor / Gamechanger

Grab – Sebelum Uber, terdapat MyTeksi yang mengubah cara rakyat Malaysia menyambung kepada pemandu yang memerlukan pertimbangan kepada masa, keselamatan dan tahap kebolehpercayaan. Apabila pesaing menganggap pemandu teksi sebagai pesaing, Grab melihat mereka sebagai pelanggan mereka – yang mendorong kepada penjenamaan yang lebih pantas. Dan kejayaan mereka telah diraih di 6 buah negara di Asia Tenggara. Mereka juga telah menggunakan GrabCars, GrabHeli dan GrabBikes.

10) Founder of The Year

Anthony Tan – Pengasas yang sangat dihormati dan Ketua Pegawai Eksekutif, MyTeksi dan Grab. Anthony Tan telah memberi inspirasi kepada startups dengan menunjukkan bahawa anda boleh berkembang dengan permulaan yang sederhana kepada perniagaan bernilai jutaan dolar di peringkat regional dalam masa kurang dari 3 tahun. Di bawah kepimpinan beliau, Grab telah menjadi platform pengangkutan awam yang mempunyai nama di serantau Asia Tenggara yang selamat untuk digunakan.

11) Startup of The Year

Grab – Sebagai sebuah syarikat startup, Grab telah memberi inspirasi dan menyemarakkan semangat kepada usahawan muda dan melayakkan mereka sebagai pemenang Startup of the Year

rbsa

Pemenang ASEAN Rice Bowl Startup Awards 2016

Tentang ASEAN Rice Bowl Startup Awards

ASEAN Rice Bowl Startup Awards 2016 (ARBSA) mengiktiraf startup yang sedang berkembang di rantau ini yang memanfaatkan teknologi digital atau maklumat. ARBSA juga merupakan penghormatan kepada pemain ekosistem seperti pelabur, pemaju dan media yang menggerakkan keusahawanan. ARBSA ini dianjurkan dan diuruskan oleh New Entrepreneurs Foundation (myNEF) yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai ASEAN Rice Bowl Startup Awards, sila layari laman sesawang di http://aseanstartupawards.com/.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.