Berita dan Info Bisnes ICT

Menyelami Intipati & Playerbility Sesebuah Video Game

,
440 0

Sewaktu saya kecil dulu belum ada TV LED atau 4k – ‘Flat/Curved Screen’ seperti sekarang ini. TV hitam-putih dulu berbentuk cabinet kayu berkaki ‘Mahogany Finish’ siap dengan pintu ‘sliding’. Kalau rumah yang empunya TV sahaja, mesti memiliki TV dengan design sebegini. Rumah saya juga tak terkecuali. Gelaran TV “akuarium” sinonim dengan TV ‘rakyat biasa’ waktu itu. Gambar/imej grafik yang terbit dari paparan TV (dulunya disebut – televisyen) tak seindah mana, disebabkan video-kamera yang digunakan untuk ‘shooting’ rancangan atau filem yang dipaparkan dulu pun bukannya camara HD (high definition) seperti sekarang. Jadi bagi kami si penonton ni akan sentiasa memberi tanggapan bahawa imej dari studio dan set perfileman tu memang kabur dan seakan ada satu ‘soft filter’ pada video-kamera sebelum sampai ke tiub TV. Yea dulunya TV guna CRT (Cathode Ray Tube) tiub kaca yang disi hampagas.

Namun pada waktu itu bukan paparan grafik dari TV yang penting tapi isi atau ‘content’ siri yang dihasilkan ke kaca TV yang lebih diutamakan. Siri The Incredible Hulk mula ditayangkan oleh TV1 – RTM pada awal dekad 80-an. Saya masih ingat ada seorang kawan saya yang berbangsa India, sibuk bercerita sebelum perhimpunan pagi disekolah tentang bagaimana begitu hijau-nya ‘Hulk’ tampil pada TV Kaler (colour) yang baru seminggu dibeli bapanya. ‘Cit…eksyen lebih je…’ bisik saya yang mendengar dari jarak yang gak jauh tu. Saya masih menonton Hulk yang berwarna kelabu tu merasakan tak perlu la dia berbangga besar sebegitu, sebab kereta bapa saya pon hijau macam Hulk juga (waktu tu bapa saya memandu Alfa Romeo – Guilia 1.6 warna hijau pandan) dan saya tahu la se’vivid’ macam mana warna hijau tu.

Lebih penting pada saya adalah jalan cerita The Incredible Hulk tersebut, dengan lagu tema awal dan akhirnya, serta dialog pada kredit awalnya – ‘Mr Maggi …(McGee) please don’t make me hungry (angry)…you won’t like me when I’m angry…’ diucapkan oleh David Banner (alter-ego Hulk) dialog yang telah jadi hafal-an kanak-kanak dan remaja ketika itu. Pada saya intipati sesuatu hasilkerja atau produk itu, baik rancang TV, filem ataupun karya seni yang lain, berpusat pada ‘isi’ atau ‘content’nya. Grafik dan illustrasi penyampaian hanyalah seperti perencah Ajinomoto yang menyedapkan lagi sesuatu hidangan (karya) itu. Ianya cuma ‘eye-candy’ pada sebahagian besar mesej atau kisah yang disampaikan.

Begitu jugalah bila dikaitkan dengan permainan video atau ‘game’. Intipati jalan cerita dan gaya permainan (playablity) sesuatu ‘game’ tersebutlah yang seharusnya menjadi mahkota di ubun puteri atau buah ceri di atas kek bagi tiap tajuk ‘game’. Tanpa tampilan gaya permainan (playability) yang menarik dan meng-giankan (addictive), satu-satu game itu hanya dimain sebagai sekadar menghabis masa sahaja tanpa sebarang nilai pelajaran (educative value) pada pengalaman ‘gaming’ tersebut. Tambah lagi waktu kini dengan TV LED skrin besar berspesifikasi 1080p HD penuh, dengan imbasan gerakan imej 200hz (motion refresh rate) congakkan nombor yang dapat mengaburi ‘gamer’ terhadap matlamat sebenar bermain ‘game’ – kepuasan minda dari gaya permainan (playablility) yang mencabar kebolehan (skills) seseorang individu untuk merentas tahap kepekaan derianya (visual-dengar-sensori). “Huhhh…susah betul nak susun ayat tu…”

Yang saya maksudkan dengan ‘playerbility’, jika kita ambil contoh’game’ Top 5 saya, Gran Turismo 6, seperti ‘game’ lumba kereta lain terdapatnya Moda Arked (Arcade Mode) Moda Karier (Career Mode), Perlumbaan Pantas (Single Race), Lumba Bersama (Multiplayer) dan Lumba Beramai-ramai (Party Play). Pecahan dari Moda permainan tersebut di bahagi pula kepada Lumba Individu (Single Race), Cubaan Masa (Time Trial) dan Cubaan Drift (Drift Trial). Terdapat lebih 30 sirkit trak Antarabangsa dan Asal yang diperkenalkan yang mimik paling rapat pada ketulenan trak sebenar. Disamping itu pemain boleh juga bermain secara ‘networking’ (dengan bantuan UNIFI – TMNET) dengan pelumba dari seluruh dunia – Jepun, Amerika dan Eropah, yang rata-rata kelajuan data Internet mereka dalam lingkungan 5-10 kali ganda lagi laju dari UNIFI pakej 30gbps(dynamic IP) saya kini. Kesudahannya? Imbasan frame (frame rendering rate) grafik pemain dari Malaysia lebih rendah, tahu-tahu saja lawan kita yang jauh dibelakang tadi dah satu supusingan memotong kita dan kita dah terbabas di tebing sarkit rupanya…(TMNET kena tolong kami ‘gamer’ tegar ni agar dapat tawaran kelajuan lebih dengan pengurangan harga langganan yang berbaloi sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat ‘Corporate Social Responsibility’ mereka ☺)

Disamping itu juga GT6 sentiasa memperkenalkan ‘updates’ dari segi kereta baru (terdapat lebih 1000 varian kereta dalam GT6) ‘Season Updates’ – trek spesifik dengan tema lumba yangberbeza (contoh: trek Suzuka Circuit, Jepun dengan menggunakan kereta buatan Jepun dari tahun 1969 ke 1981 sahaja dengan ketinggian kuasa (hp limit) 450psi kebawah dan dibahagikan kepada katagori novis, pertengahan (intermediate) dan (expert). GT6 juga berjaya memperkenalkan versi perlumbaan menggunakan kereta futuristic dengan mengetengahkan Gran Turismo Vision – Pengasas ‘game’ Grand Turismo. Polyphony Digital telah member laluan istimewa kepada pembuat kereta ternama dunia seperti Buggati, Mazda, Peugeot dan sebagainya untuk bebas merekabentuk kereta lumba versi masa akan datang (future racers) yang mengunakan konsep aerodinamik, pacuan dan bahan tenaga baru (syarikat kereta dari Amerika – Chapperal telah mempekenalkan kereta hybrid menggunkan konsep ‘electrical perpulsion’ atau letusan tenaga elektrik secara berterusan (perpetual), satu konsep pacuan tenaga jentera baru tanpa kemunduran tenaga (power loss) atau kesemputan tenaga (power lag). Saya rasa bertuah dapat memandu kereta canggih terbaharu sebegini dengan adanya simulator lumba saya, sensasi memandu hampir tulen dapat saya rasakan.

Jadi kesimpulannya jolokkan ‘playerbility’ yang saya utarakan awalnya tadi meragkumi keseluruhan aspek ‘game’ bagi GT6. Saya boleh memilih trek mana saya ingin berlumba, dalam keadaan cuaca apa saja, sewaktu malam atau siang, dengan mana-mana jenama kereta, kuasa, pacuan dan spesifikasi pilihan (keupayaan menukarkan setting kereta yang hampir keseluruhan – damper, spring rate, balance, toe, camber, gear ratio, compression rate dan sebagainya), keupayaan memilih kadar kemahiran berlumba dan kepekaan AI (Artificial Intelligance) yang member laluan yang tidak terlalu sukar untuk menang dan tidak terlalu lemah sehingga lawan tercicir berberapa pusingan. Disamping itu ‘playerbility’ juga merangkumi aspek ‘realism’ dalam ‘game’ tersebut, dari segi sensasi pemanduan (dari segi gear lumba simulasi – stering simulator ‘brushless’ agak membantu) yang diterap terus dari kemahiran pengasas (developer) game tersebut menekap (mapping) tiap selekoh, apeks (apex), chicane dan dan bonggol (bumps) di trek asal (Nurbergring adalah contoh menakjubkan ) dan menggamit sensasi sebenar berlumba dengan deruman injin dan pekikkan exzos (kecanggihan teknologi sound mapping) yang meniru sensasi bunyi sebenar. (Ferrari akan ‘memekik’ (shouty), Lamboghini akan ‘mengaum’ (growl) dan Buggati akan ‘menguak’ (bellow) – saya belajar ni dari Jeremy Clarkson, Top Gear UK)

(Ferrari akan ‘memekik’ (shouty), Lamboghini akan ‘mengaum’ (growl) dan Buggati akan ‘menguak’ (bellow) – saya belajar ni dari Jeremy Clarkson, Top Gear UK)

Dengan GT6 (juga dengan ‘game’ setara dengannya seperti Forza Horizon 2 (Xbox 1), Project Cars (PS4) dan DriveClub (PS4), ulang ratahan(spoilt for choice – frasa yang saya rasa tiap kali menyebutnya) untuk bermain saya rasakan adalah pada tahap maksima bagi ‘genre’ permainan digital tahap quality tinggi sebegini. Rasa ingin terus cuba dan mencuba untuk memperbaiki masa pusingan meluap-luap bila kombinasi ‘playerbility’ yang saya sebutkan tadi dipadankan dengan grafik optima terkini dengan gear simulator yang lengkap. ‘Game’ digital atau video game bukan lagi riadah otak dan minda sahaja tetapi sudah menjadi ‘physical exercise’ seperti satu senaman yang memerlukan si permain bersedia dari segi refleks (fizikal) dan ‘sensory’ (senaman bagi mata, tangan, kaki ) supaya kesemuanya wujud selari bagi si permain berjaya merentangi setiap cabaran di tiap selekoh, apex dan chicane (buktinya – tiap kali saya bermain akan berpeluh satu badan disebabkan gementar dan reaksi fizikal yag senantiasa di tahap maksima).

Dunia kini terlalu pantas berubah. Para ibubapa yang dulunya terlalu konservatif dan menuduh anak bermain video game hanya untuk menghabiskan masa ini patut di ‘re-educate’ tentang Teknologi ‘realism’ yang bukan lagi hanya membiarkan kita bermimipi, tapi telah mampu melonjak mimpi tersebut menjadi reality. Tanya sajalah pada Jann Mardenborough, pelumba simulator game pertama yang telah dipilih untuk mewakili Nissan berlumba di Blancpain Endurance Series setelah dia berjaya menjuari pertandingan yang perlumbaan simulator Gran Turismo online mengalahkan 90,000 perserta lain seluruh dunia. (saya akan kupas kisah pemuda ini dalam artikel akan datang)

Zaman GegarVaganza dan Maharaja Lawak ini, pejuang sukan digital perlu ada ‘champion’ atau juara mereka sendiri. Juara yang tak perlu minum milo untuk sihat dan kuat, cuma perlu lebih peka dan mesra alam maya (virtual world) untuk berjaya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.