Berita dan Info Bisnes ICT

Otakit adalah gabungan perkataan “otak” dan “IT”. Dan kami gabungkan sebagai satu perkataan “Otakit” yang dibunyikan sebagai “O-TA-KIT”. Apabila disebut, bunyinya juga mirip satu perkataan Jepun, “Otaku”, yang merujuk kepada golong “geek”.

Selain itu Otakit juga merupakan sebuah projek oleh Persatuan Usawahan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF). Ianya bertujuan untuk mencerita dan memberitakan peristiwa, individu dan perkara yang berkait dengan bisnes ICT di Malaysia.

Antara kandungan yang kami ketengahkan adalah seperti maklumat industri, cerita usahawan, tutorial pengaturcaraan, ulasan produk dan juga artikel perbandingan.

Kami alu-alukan sebarang cadangan. Sila ke lama Hubungi Kami untuk berhubung.