Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Lagi 18 Projek Dilancarkan di JOMLAUNCH4

4.4K 0

Bersama dengan komuniti penggiat ICT JOMWEB, sekali lagi NEF telah menganjurkan JOMLAUNCH yang kini sudah buat kali yang keempat ianya dianjurkan.

Penganjuran kali ini lebih meriah dengan penglibatan aktif TM RE:, sebuah cabang dalam TM yang terlibat secara langsung dengan keusahawan ICT dan juga startup. TM RE: tampil sebagai penaja lokasi dan sistem siaraya dengan mendapatkan ruang ekslusif di TM Convention Centre di Bangsar.

Selain dari itu, pasukan Stampede Design, sebuah syarikat web agency dari Langkawi, juga menyumbangkan masa dan dalam pengurusan laman web, pemasaran dan juga menjadi antara sukarelawan pada hari kejadian bersama-sama dengan pasukan dari NEF.

Untuk JOMLAUNCH4 ini, 18 projek telah dipersembahkan kepada umum. Mereka ini adalah:

  1. Mytix, sistem pengurusan belian tiket untuk tempat-tempat tarikan pelancong.
  2. Splate, projek sumber terbuka, sebuah templat untuk membinaan SaaS berasaskan Laravel.
  3. 1YearStaff.com, pekerja pembantu maya (virtual assistant services)
  4. MInD Automated Vehicle (MAV), robot pengangkut barang dalam (automated guided vehical) persekitaran pembuatan dan pergudangan Mohd Zhafri bin Baharudin dan pasukan.
  5. Bytetuta, sistem robot sembang (chat bot) untuk muslim yang menyokong pelbagai platform.
  6. Eraxen Endpoint Protection, sistem pertahanan daripada malware oleh Azlan Mukhtar.
  7. Ninja iDempiere, sebuah plugin untuk iDempiere ERP yang memudahkan pembinaan sistem oleh Redhuan D. Oon.
  8. CerdikApp, sistem komunikasi untuk guru, ibubapa dan murid oleh Firhad Samuri dan pasukan.
  9. HireMe.my, sistem marketplace dan resume oleh Mohd Izuddin Helmi.
  10. EksploRazi, permainan elektronik 3D untuk pembelajaran oleh Amirul Firdaus Bin Abu Yaziz dan ahli pasukan.
  11. GO.my Travel Assistant, portal marketplace untuk pembantu pelancongan Nazrul Hazhan dan ahli pasukan.
  12. WhatsTivity, sebuah social network for untuk mendapatkan maklumat penting dalam komuniti secara crowd sourcing oleh Muhammad Hazmin bin Wardi.
  13. RobotJualan.com, sistem robot sembang (chatbot) yang mampu menghasilkan jualan Zulfa Juniadi.
  14. Terapi.my, seperti Uber untuk khidmat urutan, bekam dan spa oleh Wan Hairul Azzuan Wan Hanudin.
  15. Soding, sistem carian pekerja dan headhunting oleh Mohammad Nurdin bin Norazan.
  16. MMS, sistem pengurusan keahlian dan aktiviti sebuah kelab kereta atau permotoran oleh Azril Azhari dan pasukan.
  17. Telebuzz, sistem robot sembang untuk aplikasi Telegram oleh Ismail Lebai Saleh dan pasukan.
  18. RunCloud.io, sistem pemasangan dan pengurusan server secara dalam talian oleh Muhammad Arif Bin Tukiman dan ahli pasukan.

Majlis juga dimeriahkan lagi dengan pembentangan dan perkongsian yang bukan daripada penyertaan projek.

Encik Maznuddin berkongsi tentang beberapa perkembangan terbaru dalam TM RE: termasuklah API komunikasi untuk suara, SMS, video dan data yang boleh diguna untuk membangunkan apa juga jenis aplikasi.

Khairul Anwar dari Beaver.my berkongsi tentang program Beaver Computational Thinking Malaysia, yang berusaha untuk memperkenalkan “computational thinking” kepada generasi muda, bermula di sekolah-sekolah.

Wakil daripada OWASP Malaysia, sebuah komuniti yang menitikberatkan aspek keselamatan internet dan ICT memberi sedikit perkembangan terkini dalam industri.

Syahir Hakim dari Graphene Theme berkongsi bagaimana beliau mula membina sebuah perniagaan Internet dengan membina dan menawarkan WordPress theme secara percuma.

Di penghujung majlis, penganjur telah mengejutkan hadirin dengan anugerah “Projek Pilihan Penganjur” dengan hadiah wang tunai RM1000 tajaan JOMHACK. Projek RunCloud.io telah memenangi hadiah. Penyampaian hadia disempurnakan oleh Mohd Yazid Abd Manaf, CEO Telekom Sales and Services Sdn. Bhd.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.