Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Kenapa Perlu SSL atau HTTPS Untuk Laman Web

,
4.57K 3

Ketika menjalankan urusniaga bersama pelanggan secara dalam talian, suatu saat mungkin anda perlu meminta maklumat pelanggan anda. Contohnya, jika mereka mendaftar sebagai pembeli atau melakukan tempahan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah “Bagaimana hendak melindungi data peribadi pelanggan?”.

Teknologi Secure Sockets Layer (SSL), membantu melindungi  maklumat pelanggan. SSL, berfungsi untuk halang data yang melintasi antara pelayar web dan pelayan web. https merupakan alamat web yang mempunyai sijil SSL yang sah.

Fungsi SSL Yang Perlu Anda Ketahui Pada Laman Web

1. Jaminan Keselamatan (Privasi Data Pengguna) SSL Pada Laman Web
SSL menjadikan laman web anda lebih privasi. Pengguna juga boleh mengakses laman web dengan lebih lancar dan selamat.

2. SSL mampu mengurangkan risiko penyalahgunaan maklumat oleh pihak ketiga. Sebagai pembangun laman web, anda sedia maklum bahawa pengunjung laman web anda merasa lebih selesa berkongsi maklumat pembayaran dan peribadi lain tanpa mereka sedari, laman web tersebut menggunakan sambungan SSL atau tidak.

3. Kepercayaan Dan Keyakinan Pelawat

Sebagai pengguna, apabila saya berhasrat untuk membuat pembelian atau transaksi pada laman web, contohnya Maybank2u. Saya akan memasukkan alamat laman web di browser kemudian saya akan melihat ikon mangga berwarna hijau. Tujuanya untuk memastikan saya sedang berada dalam laman web yang selamat serta mempunyai SSL yang sah.

Kenal Pasti Status SSL Pada Laman Web

Sekiranya anda melayari laman web maybank2u, pelayar web memaparkan ikon berbentuk mangga berwarna hijau apabila sambungan SSL dibuat. Cara paling mudah untuk memeriksa SSL adalah dengan memasukkan alamat web ke pelayar dengan https://.

Perhatikan bahawa banyak laman web hanya menggunakan SSL pada laman tempat maklumat sensitif, seperti kata laluan atau nombor kad kredit, dihantar.

SSL boleh bertukar menjadi satu bentuk pembaziran jika melibatkan masa, tenaga dan wang sekiranya laman web hanyalah sebuah blog yang tidak mempunyai produk, keahlian atau kaedah pembayaran.

Tips Untuk Menggunakan SSL

  1. Sekiranya website anda adalah e-commerce atau menjual produk dengan menggunakan kaedah pembayaran kad kredit menerusi laman web. SSL perlu untuk melindungi maklumat kad kredit pelanggan. Bagi sesetengah pemilik syarikat sederhana dan kecil, SSL melibatkan kos yang besar. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna SSL diperlukan di seluruh laman web. Anda boleh memutuskan untuk menggunakan SSL hanya di bahagian checkout halaman, misalnya. Jika menggunakan PayPal secara eksklusif untuk menerima bayaran, SSL tidak diperlukan kerana kita tidak menerima pembayaran secara langsung.
  2. Jika laman web anda menawarkan keahlian percuma atau berbayar, SSL adalah idea yang baik untuk melindungi maklumat ahli seperti alamat email, nama dan kata laluan. Tujuan SSL juga untuk mengelakkan maklumat ahli disebarkan menerusi internet. Pasti ramai pemilik laman web tidak mahu mengambil risiko dan tanggungjawab untuk pelanggaran keselamatan data keseluruhannya.
  3. Jika pelawat laman web menyerahkan apa-apa maklumat peribadi, dokumen, gambar dan lain-lain menerusi borang dalam talian di website, SSL perlu untuk memastikan maklumat adalah selamat.
  4. Bagaimana jika laman web anda hanyalah blog? Jika anda mempunyai blog tanpa produk, keahlian atau kaedah pembayaran, SSL tidak diperlukan sebaliknya SSL akan menjadi satu bentuk pembaziran. Pembaziran melibatkan masa, tenaga dan wang.

3 Comments

  • Shaifful says:

    1. SSL bukan Pembaziran, Google mengutamakan pencarian laman web yg ada SSL/HTTPS
    2. Teknologi SPDY Google menggunakan HTTPS untuk lebih laju
    3. Browser2 moden akan mula Flag Web tanpa SSL sebagai tidak selamat
    4. SSL Percuma pun sudah ada dengan penggunaan CDN Cloudflare atau menggunakan Letsencrypt
    5. Tak perlu dedicated IP kerana teknologi sekarang browser moden menggunakan SNI yg membolehkan IP guna banyak SSL.

    • Pisyek says:

      Saya setuju dengan semua point tuan Shaifful. Cuma sedikit kesal kerana ada sesetengah web hosting tempatan menjadikan dedicated IP sebagai syarat untuk memasang SSL.

  • Thanks for the sharing. Bagi saya, tiada istilah pembaziran jika kita memasang SSL pada sesebuah laman web. Kelak jika hacker berjaya mengodam laman web maka pelanggan akan hilang kepercayaan kepada kita dan menyebabkan kita menanggung kos liabiliti yang besar terutamanya dalam pembangunan web E-Dagang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.