Berita dan Info Bisnes ICT

Joomla! Day Malaysia 2016 Kembali Lagi

Joomla Day Malaysia 2016 kini kembali dan acara ini akan diadakah pada 13 Ogos di KLCC, tingkat 26 iaitu di aras Microsoft Malaysia.
656 0

Joomla! Day Malaysia muncul lagi. Kali ini dengan topik lebih panas dan tidak tertumpu kepada Joomla! sendiri, tanpa keluar daripada topik sebenar, Joomla! Beberapa hari lepas, Joomla! telah mengeluarkan rilis bug sebanyak dua hari berturut-turut, tak pernah dibuat kot, hahaha… saja buat gempak.

Kali ini antara speaker yang akan mengambil bahagian adalah:

  1. Tessa Marro – Joomla! Leadership Leader
  2. Mark Lee – Co-founder StackIdeas
  3. Sam Suresh – CEO MU DOT MY (Project Leader Joomla! Day Malaysia & Penterjemah Joomla! dalam Bahasa Melayu
  4. Cikgu Shaifful Nizam – Joomla.My JUG
  5. Harisfazillah – Open Source Software Advocate
  6. Dinesh Nair – Microsoft Office dan ramai lagi

13933494_10154427913784508_988599643Saya sendiri akan membentangkan sesi perkongsian tentang pemasangan ModSecurity di dalam Joomla! dan sesi saya pada jam 4.00 petang.

Tiket boleh didapati pada harga RM 49 dan bagi kakitangan kerajaan LO diterima tetapi saya rasa pendaftaran sudah ditutup. Walaubagaimanapun, sebarang info boleh didapati di dalam web rasmi Joomla! Day Malaysia 2016

Pada tahun lepas, event ini telah berjaya mengutip kehadiran seramai 200 orang, kehadiran yang cukup ramai sempena ulang tahun ke 10 Joomla! dan Sarah Watz, Presiden Open Source Matters sendiri telah hadir untuk meraikannya.

Kali ini, event ini masih dianjurkan di Microsoft Office di tingkat 26, KLCC (datang la kalau nak tengok pemandangan KL di atas KLCC) dan Microsoft sendiri sekali lagi hadir sebagai sponsor disamping JoomShaper, Astiotech, MU DOT MY dan Open Source Matters sendiri.

Hadir dan luahkan support anda dalam Open Source, dan hadir dalam menyemarakkan pembangunan Open Source seluruh dunia.

Leave A Reply

Your email address will not be published.