Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Idea — Kesilapan Usahawan ICT

,
2.99K 0

Kadang-kala IDEA menjadi punca kegagalan bisnes ICT.

Sebenarnya, saya juga begini dalam meneroka peluang keusahawanan ICT. Apatah lagi bagi golongan developer dan programmer seperti saya ini juga. Membina perisian dan aplikasi mudah untuk saya. Dan sebenarnya kita terlalu pantas membina produk.

Tapi sepatah pun kita tak pernah berbincang dengan bakal pengguna. Sepatah pun kita tak bertanya sekiranya inilah penyelesaian yang mereka cari.

Bagi kawan-kawan yang “entrepreneurial” kononnya, begitu rancak idea bercambah di dalam kepala. Saya pernah bersembang dengan kawan-kawan dan ramai yang menyimpan sebuah catatan di Google Drive untuk senarai idea-idea yang timbul. Saya sendiri pun ada. Rasanya tak kurang dari 50 idea yang telah saya catatkan.

Dengan kemahiran pengaturcaraan, kita pantas membina sebuah projek untuk diketengahkan. Dengan prototaip atau MVP, kita pun tunjukkan kepada kawan-kawan, mencari peluang geran dan pelabur.

Tapi silapnya di sini, kita terlalu pantas membina produk.

Ianya mungkin angan-angan Mat Jenin kita sahaja. Kita syok sendiri memikirkan ini adalah idea terbaik kita, yang pasti menjadikan kita seorang jutawan.

Tapi sepatah pun kita tak pernah berbincang dengan bakal pengguna. Sepatah pun kita tak bertanya sekiranya inilah penyelesaian yang mereka cari.

Usahawan tugasnya adalah “menyelesaikan masalah”. Tetapi mungkin terlalu memikirkan “duit”, kita lupa untuk mencari masalah untuk diselesaikan.

Mungkin pendekatan yang lebih baik adalah untuk mencampakkan semua idea kita jauh-jauh. Dan kemudian kita cari bidang atau industri yang kita ingin ceburi. Dapatkan temujanji dengan mereka yang mungkin boleh memberikan idea, menyatakan masalah, dan ajaklah bersembang. Buka minda, dan bersembanglah. Dengarkan dengan teliti peluang-peluang di situ. Di situlah kita akan mula mengenali masalah yang mungkin kita boleh bantu atasi, aplikasi yang mungkin kita boleh bina.

Mana tahu, mungkin kita boleh “cadangkan” sesuatu dan dapatkan deposit. Kalau kita boleh dapatkan pihak lain yang mungkin menghadapi masalah yang serupa, itulah satu peluangnya. Kita boleh jual lagi dan lagi.

Satu pendapat yang saya baru diperkenalkan adalah ini, “You can make a lot of mistakes and get everything wrong and still make it, if you get this one thing right — listen to your customers.

“You can make a lot of mistakes and get everything wrong and still make it, if you get this one thing right — listen to your customers.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.