Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Cetusan Idea Bisnes – MyBump.my Jana Pendapatan Dengan Kesesakan Jalanraya

,
4.8K 0

MyBump.my kedengaran seperti sesuatu yang berkait rapat dengan isu wanita hamil. Tapi sangkaan saya meleset apabila saya berjumpa dengan pemiliknya, Nadia. Nadia atau nama sebenarnya adalah Akmal Nadia Abdul Jalil merupakan graduan daripada Sarjana Muda Undang-undang Pengajian, UITM Shah Alam. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini memulakan kerjayanya sebagai Undang-Undang Bersekutu atau Associated Law di Khazanah Nasional Berhad.

Di kala corak ekonomi yang tidak memberangsangkan, Nadia akui takut dan ragu-ragu. Namun Nadia nekad untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan sepenuh masa. Pada tahun 2015, Nadia memulakan MyBump.my secara separuh masa sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada awal tahun 2016.

Peneraju Utama MyBump.my

Peneraju Utama MyBump.my

Mengimbas kembali bagaimana beliau mendapat cetusan idea MyBump. Beliau sendiri terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama tiga jam. Akibatnya, beliau berasa sangat tertekan. Ketika itu tercetus idea untuk mengabungkan teknologi IT dengan papan-papan iklan apabila beliau termenung melihat kereta di hadapannya serta papan iklan di kiri dan kanan. Siapa sangka berada di atas jalan raya, terutamanya pada waktu puncak , mampu menjana kewangan. Kesempatan ini  menghasilkan myBump.my. MyBump merupakan syarikat berasaskan web.

Laman sesawang www.mybump.my

Laman sesawang www.mybump.my

Keunikan MyBump hadir dengan menawarkan khidmat pengiklanan moden. Gabungan teknologi internet dengan tradisional mampu memberi implak kepada masyarakat melalui media luar dan media sosial untuk kualiti penyampaian dan pengiklanan yang berkesan. Menggunakan mengiklankan di kereta persendirian, MyBump membantu pemandu menjana pendapatan tambahan setiap hari dengan meletakkan stiker-stiker jenama pilihan di cermin belakang kereta tanpa memerah tenaga mereka. Sinonim dengan tagline Pandu seperti biasa dan nantikan bayaran serta hadiah percuma dari jenama yang terpilih menjadikan MyBump mempunyai minat tersendiri dikalangan generasi-Y.

Tampal pelekat pada sermin belakang kenderaan. Pemanda mampu menjana kewangan

Tampal pelekat pada cermin belakang kenderaan anda. Anda mampu menjana kewangan

Optimis dengan persaingan MyBump, Nadia yakin apa yang membezakan myBump adalah saiz pelekat hanyalah sebesar 18×12 inchi sehingga 24×12 inchi dan di tampal di cermin belakang kereta. Pelekat ini sangat mudah dilekatkan oleh pemandu kenderaan sendiri. MyBump menggunakan pelekat “ONE WAY VISION”. Keistimewaan pelekat ini, tidak menghalang pemandangan cermin belakang kereta dan memenuhi syarat-syarat JPJ.

Daftar keahlian anda untuk menikmati kempen daripada MyBump

Daftar keahlian anda untuk menikmati kempen daripada MyBump

Bermodalkan dana sendiri, Nadia sentiasa optimis dalam mengembangkan sayapnya. Walaupun penubuhan MyBump masih muda, tetapi beliau yakin dan bersedia untuk menerokai peluang-peluang yang ada untuk mendapatkan dana bagi mengembangkan MyBump di peringkat global.

Nadia berfikiran Kreatif dan kritis, beliau ingin menukar pengalaman buruk pemandu ketika kesesakkan lalu lintas dengan menambah baik pengalaman itu kepada menjana pendapatan. Bagi Nadia, kereta adalah sebuah aset, dan boleh bertukar menjadi sumber pendapatan.

Terkini MyBump akan melancarkan kempen terbaru. Jadi kami pasti dengan cara ini sudah tentu ramai peminat akan mendaftar di MyBump. MyBump menjanjikan keselamatan data pengguna dengan mempunyai kepakaran dalam mengendalikan sever hosting. Data pengguna juga tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga atau mana-mana syarikat pemasaran. MyBump mementingkan kualiti perkhidmatan kerana beliau sedar perkhidmatan yang baik mampu menghasilkan cik Bedah secara tidak langsung di alam maya.

Berpijak di bumi nyata, MyBump mensasarkan pasaran Malaysia terlebih dahulu sebelum melangkah ke pasaran global. Operasi yang tersusun perlu untuk memastikan perjalanan syarikat sentiasa dalam landasan yang tepat.

Bagaimana beliau mahu tampil menjadi syarikat berdaya saing. Sebagai ketua kepada sesebuah syarikat, beliau perlu turun padang dengan sentiasa mendapatkan berita dan perkembangan terkini berkenaan industri serta menggunakan informasi tersebut untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Penerimaan masyarakat terhadap MyBump menjadikan wanita ini kental dan terus memantapkan momentum operasi MyBump. Jaringan rangkaian yang efektif sangat penting untuk usahawan baru maka, binalah rangkaian dengan ikhlas dan saling menghormati. Yakin bahawa dengan rangkaian yang baik pasti akan membawa tempias kepada perniagaan anda.

Sebagai usahawan, Cabaran utama Nadia adalah membuat pilihan berhenti kerja dan memulakan sebuah perniagaan yang belum pasti. Percaya dengan kebolehan diri dan terus berusaha untuk memantapkan perniagaan yang diusahakan. Usia remaja juga perlu di korbankan. Sokongan daripada ahli keluarga menjadikan Nadia cukup bertuah. Sentiasa mengimbangi antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai anak, Nadia akan pulang ke kampung dua minggu sekali untuk bersama keluarga.

Sehingga kini kakitangan MyBump adalah tiga orang namun itu bukan kayu pengukur sesebuah operasi perniagaan sebagaimana Facebook sewaktu di awal kemunculannya. Pasukan yang hebat perlu dalam sesebuah syarikat. Nadia menerapkan sikap terbuka dan melayan setiap kakitangan sebagai sebuah keluarga. Jangan takut untuk memberi peluang setiap ahli pasukan untuk belajar dan meningkatkan potensi kemahiran masing-masing kerana implikasinya membawa manfaat dalam syarikat.

Nasihat Nadia kepada bakal usahawan, usaha sebaik mungkin, amalkan sikap rendah diri dan belajar dari usahawan yang berpengalaman. Nadia turut berkongsi panduan sebagai seorang usahawan, jangan kejar duit semata-mata tetapi kejarkan perubahan untuk memberi implak positif semaksima mungkin dalam perniagaan dan penambaik untuk keperluan  masyarakat umumnya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.