Berita dan Info Bisnes ICT

ASPIRASI: “WOMEN LEADING” Nuraizah Shamsul Baharin – Madcat World Sdn Bhd

,
392 0

‘WOMEN LEADING’
Nuraizah Shamsul Baharin
Madcat World Sdn Bhd
www.madcatworld.com

BIOGRAFI

Nuraizah Shamsul Baharin adalah Pengarah Urusan Madcat World Sdn. Bhd., di mana ia merupakan sebuah syarikat multimedia yang menghasilkan aplikasi mobile, kandungan mobile serta perkhidmatan pembangunan perisai.

Nuraizah adalah graduan Electrical Engineer dari University of Michigan Ann Arbor, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya di Motorola Malaysia sebagai Jurutera Produk yang berkhidmat di Malaysia, Jerman dan Scotland. Sepanjang tempoh berkhidmat, beliau telah menerima lima anugerah kecemerlangan menerusi pencapaiannya dalam bidang teknikal dan juga produktiviti. Kemudian, pada tahun 2000 beliau menyertai Sapura Nokia Software dan mula berjinak dengan bidang perniagaan. Pada tahun 2006, beliau mengasaskan CWorks Mobile Sdn. Bhd. dan membinanya sehingga bernilai 17 kali daripada modal asas. Pada Julai 2010, Madcat World (www. madcatworld.com) ditubuhkan. Madcat World mempunyai lebih daripada 1.3 juta muat turun di 201 negara seluruh dunia. Malah, salah satu aplikasi Madcat World telah berjaya diiktiraf sebagai Commission (MCMC) di mana pertandingan pengaturcaraan mobile (mobile programming hackathon) yang mensasarkan komuniti di bahagian pantai timur.

Perjalanan anda sebagai usahawan.

Saya bermula sebagai seorang Jurutera Elektrik. Apabila memutuskan untuk menceburi perniagaan, langkah pertama yang perlu saya lakukan ialah mengubah cara berfikir dan kemampuan saya untuk melakukan jualan (sales) kerana ia merupakan suatu komponen terpenting untuk menjana sumber pendapatan syarikat.

Walau bagaimanapun, menerusi ceramah yang telah disampaikan di universiti-universiti, saya seringkali menasihati serta mendorong para mahasiswa supaya belajar dan mendapatkan terlebih dahulu segulung ijazah terutama dalam bidang teknikal. Ini kerana, profesional-profesional dalam bidang technical sales ini sangat diperlukan dan mendapat permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran kerjaya. Contohnya, jika anda graduan perniagaan, anda mungkin boleh menjadi sales person yang baik, namun ianya berbeza dengan graduan yang mengambil kejuruteraan dan seangkatannya. Anda mempunyai bonus yang lebih banyak kerana skil teknikal yang dimiliki boleh memberi nilai tambah kepada kebolehpasaran graduan-graduan ini di dalam industri mahupun untuk menceburi perniagaan kelak.

pg-nuraizah-madcat

Nuraizah Shamsul Baharin, Madcat World Sdn Bhd

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Nuraizah Shamsul Baharin, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.