Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

ASPIRASI: “THE INNOVATION EXPERT” Datuk Noor Azrin Mohd Noor – Sedania Innovator Berhad

5.29K 0

‘THE INNOVATION EXPERT’
Datuk Noor Azrin Mohd Noor
Sedania Innovator Berhad
www.sedaniainnovator.com

BIOGRAFI

Datuk Noor Azrin Mohd Noor merupakan pengasas merangkap Pengarah Urusan SEDANIA Innovator Berhad. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari University of Wolverhampton, United Kingdom, beliau mempunyai lebih daripada dua puluh tahun pengalaman bekerja di mana sebahagian besarnya adalah di dalam sektor telekomunikasi dan media.

Datuk Noor Azrin memulakan kerjayanya pada tahun 1992 bersama HMJ Shaharom & KS Wee sebagai Eksekutif Undang-Undang dan seterusnya menyertai D&C Bank sebagai Pegawai Perbankan Korporat pada tahun 1993. Pada tahun 1995 hingga 2000, beliau bertugas di All-Asian Satellite Television and Radio Operator (Astro) selaku Ketua Jabatan Hiburan dan Sukan stesen tersebut, di mana beliau telah diberi pendedahan menyeluruh berkaitan pengurusan harta intelek menerusi program-program seperti ‘Roda Impian’, MTV Music Television Lip Service, Association of Independent Music Awards dan Recording Industry Association of Malaysia Chart Show dan banyak lagi. Penubuhan saluran sukan pertama di Malaysia melalui Astro Super Sport pada tahun 1997 adalah di antara pencapaian membanggakan yang pernah diperoleh Datuk Noor Azrin ketika bersama Astro. Beliau juga telah membawa masuk saluran- saluran luar negara bagi Liga Perdana Inggeris, Itali Serie A, Piala Dunia 1998 dan Sukan Komanwel 1998 untuk tontonan rakyat Malaysia.

Perjalanan anda sebagai usahawan.

Saya percaya bahawa saya dilahirkan untuk memikul peranan sebagai seorang usahawan. Ianya hadir secara semulajadi dan dipupuk oleh minat yang mendalam. Bidang ini tidak mengenal sempadan, menerusinya saya boleh berkembang maju tanpa batasan. Saya sangat optimis dengan impian saya di dalam mencapai kejayaan. Saya yakin semuanya perlu bermula dengan kepercayaan. Anda juga harus percaya bahawa dengan impian, anda akan mampu menolak sempadan yang sebenarnya hanya dihadkan oleh pemikiran kita. Tetapi impian hanya akan berkubur sebagai sebuah mimpi jika anda tidak menggunakan strategi yang betul di dalam mencapai impian tersebut. Strategi ini sudah pastinya akan melibatkan beberapa proses pemikiran dan usaha yang bersungguh-sungguh. Secara ringkasnya, impian adalah permulaan kepada kejayaan, impian pasti menjadi kenyataan andai ianya disertakan dengan langkah-langkah yang bijak menukar ianya menjadi realiti.

pg-datuk-noor-azrin

Datuk Noor Azrin Mohd Noor, Sedania Innovator Berhad

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Datuk Noor Azrin Mohd Noor, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.