Berita dan Info Bisnes ICT

ASPIRASI: “PROTECTING YOUR INFRASTRUCTURE” Muhammed Bin Kadhim (Muhammed Khalaf) – Dura-Mine Sdn Bhd

536 0

‘PROTECTING YOUR INFRASTRUCTURE’
Muhammed Bin Kadhim (Muhammed Khalaf)
Dura-Mine Sdn. Bhd
www.dura-mine.com

BIOGRAFI

Muhammed Bin Kadhim atau lebih dikenali sebagai Muhammed Khalaf merupakan pemilik DURA-MINE SDN. BHD. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sri Hartamas dan menyambung pengajian diploma dalam bidang Perakaunan di HELP University pada tahun 2004. Kemudian, pada tahun 2008 beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan dan Kewangan dari University of Bedforshire. Oleh kerana kedudukan industri syarikat beliau, pada tahun 2010, Encik Muhammed Khalaf turut mengambil kursus diploma ‘Polymer’ dari PRIM (Plastic and Rubber Institute Malaysia).

DURA-MINE SDN. BHD. telah menjangkau sembilan belas tahun penubuhannya di mana ia telah bermula sejak 1997 lagi. Sebelum ini ia dikenali sebagai Dura-Line Malaysia. DURA-MINE SDN BHD ditubuhkan oleh Encik Kadhim Salem Khalaf (K.S. Khalaf) iaitu bapa kepada Encik Muhammed Khalaf. En K.S. Khalaf bermula sebagai pegawai teknikal dalam bidang telekomunikasi di syarikat Marconi Italiana Asia. Beliau mempunyai sepuluh tahun pengalaman bekerja dengan syarikat tersebut dan bertanggungjawab melaksanakan beberapa projek mega seperti ‘Brunei Darussalam Telecom Network’ sekitar tahun 1988 sehingga 1990 dan ‘Vietnam Backbone Link’ sekitar tahun 1990 sehingga 1991.

Perjalanan anda sebagai usahawan.

Bapa saya mula menceburi dunia keusahawanan pada tahun 1994 dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Riger Corporation Sdn. Bhd. dan Dura-Mine Sdn. Bhd. Manakala, saya pula melibatkan diri di dalam syarikat bermula tahun 2010 dan telah memikul pelbagai jawatan disemua bahagian syarikat bagi menimba pengalaman serta ilmu di dalam perniagaan. Antaranya ‘Production Department’’, ‘Quality Assurance Department’, ‘Account & Purchasing Department’, ‘Logistic Department’ dan akhir sekali ‘Sales & Marketing Department’.

Dura-Mine Sdn. Bhd. bermula pada tahun 1997 sebagai ‘joint venture’ di antara Dura-Line USA dan Dura-Line Malaysia. Dura-Line USA ditubuhkan pada tahun 1971. Ketika ‘joint venture’ tersebut berlaku, Dura-Line USA merupakan salah sebuah syarikat pembekal terbesar di dunia serta mempunyai teknologi yang tinggi dalam bidang pengeluaran paip HDPE untuk perlindungan Optical Fibre Cable. Ketika itu, Dura-Line USA mempunyai lebih daripada sepuluh cawangan di seluruh dunia.

dsc_0684-pg

Muhammed Bin Kadhim, Dura-Mine Sdn. Bhd.

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Muhammed bin Kadhim (Muhammed Khalaf), dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.