Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

ASPIRASI: “MALAYSIA’S NEXT GENERATION BROADBAND COMPANY” SHAHARIN SAMAN – FIBER AT HOME CITY NETWORKS SDN. BHD.

3.03K 0

‘MALAYSIA’S NEXT GENERATION BROADBAND COMPANY’
Shaharin Saman
Fiber At Home City Networks Sdn. Bhd.
www.fiberathome.my

BIOGRAFI
Shaharin Saman merupakan Co-Founder merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat Fiber At Home City Networks Sdn. Bhd. (Fiber@Home). Beliau juga merupakan graduan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Kejuruteraan Elektrik.

Kerjaya beliau bermula sekitar tahun 1987 sebagai jurutera di Texas Instruments. Selepas beberapa tahun di dalam industri, beliau menyertai Hewlett-Packard Sales Malaysia (HP) sebagai jurutera, tetapi kemudiannya beralih ke sales department kerana minat yang mendalam terhadap tugas-tugas jualan.

Mula menceburkan diri dalam keusahawanan sewaktu kegemilangan video compact disc (VCD), di mana beliau telah menubuhkan sebuah kilang SME khusus untuk pemasangan VCD player. Mendapat kerjasama daripada pereka Taiwan, beliau turut mempunyai pengalaman mengeluarkan produk VCD player menggunakan jenamanya sendiri sekitar awal 90-an sekaligus mengiktirafnya sebagai syarikat pertama yang membuat pemasangan produk itu di Malaysia oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Walau bagaimanapun, pada tahun 1997 beliau terpaksa berundur daripada perniagaan tersebut kerana krisis ekonomi yang melanda negara ketika itu.

Minat yang mendalam telah membawa beliau kembali ke dunia perniagaan dengan menubuhkan sebuah syarikat MSC (Koridor Raya Multimedia) sekitar tahun 1998. Ia juga menjadi antara syarikat Bumiputera terawal yang menceburi perniagaan dalam bidang ini.

Shaharin Saman, Fiber At Home City Network Sdn. Bhd.

Penubuhan Fiber@Home dan apakah keunikan produk-produknya?

Pada tahun 2006, saya telah dijemput oleh Menteri Besar Kedah untuk menjadi penasihat beliau dan melihat bagaimana saya boleh membantu dalam pembangunan ICT di negeri tersebut. Saya merupakan CEO, Kedah ICT Holding ketika itu dan kami telah membangunkan ‘Kedah State ICTblueprint’ untuk negeri Kedah sekitar tahun 2007. Memikirkan bagaimana untuk membangunkan Kedah sebagai sebuah negeri berteraskan ICT, kami telah mengikuti model yang digunakan di Sweden, di mana di negara berkenaan ICT menjadi kunci dan perkara utama bagi municipal di sana.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Kedah telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Kedah ICT Holding di mana saya telah menyertainya sebagai CEO. Kami membangunkan blueprint yang pertama pada tahun 2007, iaitu high speed broadband infrastructure yang pertama di negeri Kedah. Berpandukan swedish model kami telah membina municipal broadband network.

Municipal broadband network ialah infrastruktur ber optik yang dibina di dalam bandar dan dikongsi oleh semua penyedia perkhidmatan (service provider). Jadi, majlis tempatan (local council) telah membina infra tersebut, dan ianya disewa oleh penyedia perkhidmatan. Maka, tiada lagi monopoli. Secara asasnya, itulah keseluruhan idea mengenai bagaimana ia bermula.

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Shaharin Saman, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.