Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

ASPIRASI: “EMPOWERING GREEN SOLUTIONS” AZAROL FAUZI – BATERIKU.COM

4.62K 0

‘EMPOWERING GREEN SOLUTIONS’
Azarol Faizi
Green Initiative Sdn. Bhd.
www.bateriku.com

 

BIOGRAFI

Azarol Faizi merupakan pengasas dan merangkap pemilik GREEN INITIATIVE SDN. BHD. (GISB). Beliau
memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Mekanikal Aeronautikal dari Universiti
Teknologi Malaysia (UTM). Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Estimating Engineer di
Cleveland Bridge UK-EON di mana ianya sebuah syarikat usaha sama dalam industri fabrikasi keluli.
Beliau juga pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat minyak dan gas iaitu Unimasco Sdn. Bhd. dan
kemudiannya menyertai syarikat multinasional Hyundai Corporation pada tahun 1999. Menjadikan pengasas Apple, Steve Job sebagai inspirasinya, anak jati Perak ini sentiasa mempunyai impian untuk menjadi seorang usahawan. Sehubungan itu, sebagai permulaan baru beliau telah
membulatkan tekad menubuhkan Astra Simfoni Sdn. Bhd. pada tahun 2005.

Kian pesat berkembang dengan potensinya dalam industri teknologi bateri tempatan, Kumpulan
ASTRA kini terdiri daripada tiga entiti perniagaan iaitu Astra Simfoni Sdn. Bhd. (ASSB), Astra
Manufacturing Sdn. Bhd (AMSB) dan Green Initiative Sdn. Bhd. (GISB). Sebagai sebuah syarikat sentrik
bateri, Kumpulan ASTRA juga menawarkan keseluruhan rangkaian nilai daripada pengilangan,
jualan dan pemasaran (bateri automotif dan industri) sehinggalah ke pengurusan bateri lusuh serta
penyelidikan dan pembangunan dalam bateri teknologi hijau.

Azarol Faizi,
BateriKu.com

INTERVIU

Latarbelakang anda dan perjalanan anda sebagai usahawan.

Saya berusia 42 tahun. Kedua ibu bapa saya telah membesarkan saya bersama empat lagi adik-beradik di Kampung Seri Kaya, Bota Kiri, Perak Darul Ridzuan. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Kaya, Bota Kiri, Perak dan pendidikan menengah di Sekolah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping.

Seterusnya, saya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Kejuruteraan
Mekanikal Aeronautikal di UTM ̧ Skudai ̧ Johor.
Sebenarnya sebelum saya mengambil langkah nekad menceburi bidang keusahawanan, saya telah bekerja sebagai jurutera dalam industri struktur besi, dan industri minyak dan gas. Jawatan terakhir saya sebelum menceburi dalam bidang perniagaan ialah sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan Industri Berat di syarikat multinasional Hyundai Corporation. Sejak kecil lagi saya telah menanam cita-cita untuk menjadi seorang ahli perniagaan. Justeru itu, saya telah membuat keputusan drastik pada bulan September 2005 untuk merealisasikan cita-cita
saya setelah hampir sepuluh tahun menimba pengalaman bekerja.

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Azarol Fauzi, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.