Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

ASPIRASI: “CREATE, ANIMATE, GIGGLE” Juhaidah Joemin – Giggle Garage Sdn. Bhd.

3.62K 0

‘CREATE, ANIMATE, GIGGLE’
Juhaidah Jeomin
Giggle Garage Sdn. Bhd.
www.gigglegarage.com

BIOGRAFI

Juhaidah Joemin merupakan pengasas bersama dan juga Head of Production di GIGGLE GARAGE SDN. BHD.. Beliau telah melibatkan diri dalam pembangunan industri kreatif di Malaysia serta mengambil bahagian dalam pelbagai evolusi termasuklah yang membabitkan polisi dan juga pengeluaran produk-produk kreatif. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat dengan pihak penyiaran antarabangsa JCC Qatar di mana beliau berperanan menilai kandungan-kandungan, pengambilalihan serta menyelia produksi bersama projek-projek seperti Seefood Movie & Saladin Series yang ditayangkan di stesen tersebut. Malah, beliau turut dilantik sebagai mentor serta hakim dalam program-program seperti Lab Xmedia, IPCC, Asia Pacific PANORAMA dan International Digital Emmy Awards.

GIGGLE GARAGE merupakan sebuah syarikat berstatus MSC yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia menerusi Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di dalam bidang ICT dan perniagaan ICT. Ini bagi memudahkan, membangunkan dan seterusnya mengaplikasikasikan teknologi multimedia dalam penghasilan serta peningkatan produk dan perkhidmatan yang turut menjadi penanda aras serta pencapaian kepada perkhidmatan bertaraf dunia.

Ditubuhkan pada November 2010, GIGGLE GARAGE nyata optimis dengan perkembangannya dan ia dibuktikan menerusi pencapaian yang dirangkul iaitu sebagai sebagai sebuah komuniti kreatif yang aktif serta berdedikasi. Antaranya pada tahun 2014, GIGGLE GARAGE diiktiraf sebagai Most Admired Animation Company/Best Animation Technology di Malaysia oleh Top 10 Malaysia & Top 10 Asia Media. Kemudian pada tahun yang sama, mereka turut tersenarai sebagai finalis di Seoul Promotion Plan, Korea Selatan menerusi ‘Chameleon’ dan juga menerusi IP (intellectual property) yang sama, GIGGLE GARAGE turut disenarai sebagai finalis di Asian Animation Summit, Phuket, Thailand pada tahun sebelumnya.

Penglibatan anda dalam industri kreatif.

Saya bermula dalam industri kreatif sejak di universiti lagi dimana saya merupakan graduan Filem Animasi dari Universiti Multimedia (MMU). Saya sangat suka membuat kartun dan disebabkan itu saya telah memilih untuk berkecimpung dalam dunia animasi.

Kemudian, setelah tamat pengajian saya menyertai MDeC dan saya juga telah ditempatkan di unit kreatif badan tersebut. Jadi, secara tidak langsung saya telah mendapat banyak pendedahan mengenai industri ini.

Kemudian, saya beralih pula ke stesen penyiaran di mana saya bertugas bersama Al-Jazeera Children Channel yang beroperasi di Malaysia. Antara peranan saya ketika itu ialah mengenalpasti kandungan- kandungan yang bersesuaian dengan stesen dan dalam masa sama saya turut dipertanggungjawabkan untuk mengintai peluang-peluang serta projek-projek baru yang berpotensi di rantau ini. Antara projek yang berjaya saya kendalikan ialah Saladin TV Series dan Seefood The Movie.

Bertitik tolak dari itu, pengetahuan saya dalam industri ini juga semakin berkembang dan pengalaman bersama stesen penyiar antarabangsa memberi kelebihan kepada saya mengenalpasti serta memahami kehendak pihak penyiar di pasaran dengan baik.

pg-juhaidah-joemin-giggle-garage-2

Juhaidah Joemin, Giggle Garage Snd Bhd

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Juhaidah Joemin, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.