Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

ASPIRASI: “YOUR PREFERRED GLOBAL SERVICE PROVIDER” Noor Mohd Helmi Nong Hadzmi – IX Telecom Sdn Bhd

3.83K 0

‘YOUR PREFERRED GLOBAL SERVICE PROVIDER’
Noor Mohd Helmi Nong Hadzmi
IX Telecom Sdn Bhd
ixtelecom.net

BIOGRAFI

Noor Mohd Helmi Nong Hadzmi merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IX Telecom Sdn. Bhd.. Sebelum itu, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Network Operation Engineer di AtlasONE Sdn. Bhd. sekitar Januari 2003 sehingga Jun 2004 dan kemudian beralih ke syarikat penerbangan tambang murah terkemuka iaitu AirAsia pada Julai 2004 sehingga Disember 2008 sebagai Network & Communication Manager. Selepas itu beliau membuat keputusan untuk menjadi usahawan dan menubuhkan IX Telecom pada tahun 2008. Noor Helmi merupakan pengasas syarikat telekomunikasi maya, IX Telecom yang bermula pada tahun 2008.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, beliau kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Telekomunikasi menerusi American Degree Program sekitar tahun 1997 sehingga 1998, sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya pada tahun 1998 sehingga 2002 juga dalam bidang Kejuruteraan Telekomunikasi.

VNO agak popular di luar negara seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Jadi, kami telah membawa model VNO ini ke Malaysia dan kami merupakan syarikat pertama di Asia ketika itu yang menjalankan perniagaan telekomunikasi menggunakan model VNO. Kami mula menjalankan jalinan kerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi dari dalam dan luar negara dan dalam tempoh tiga tahun servis kami sudah meliputi lebih daripada 200 negara. Kami boleh menyediakan servis ke seluruh dunia secara maya.

Fokus utama kami adalah perniagaan, business to business (B2B) dan kebanyakan pengguna juga terdiri daripada syarikat telekomunikasi. Kami boleh dikatakan berfungsi sebagai penghubung global di antara syarikat telekomunikasi tempatan kepada syarikat telekomunikasi antarabangsa dan sebaliknya.

Sesetengah syarikat telekomunikasi tidak mempunyai liputan rangkaian yang luas di negara- negara lain. Oleh itu, mereka akan menggunakan khidmat kami untuk berhubungan dengan negara- negara tersebut. Antara pelanggan luar negara kami adalah seperti Hong Kong, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

pg-helmi-ix-telecom

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Noor Mohd Helmi Nong Hadzmi, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.