Berita dan Info Bisnes ICT

5 SaaS Yang Dapat Meningkatkan Produktiviti Syarikat Anda

440 1

Software-as-a-Service (SaaS) secara amnya merujuk kepada alternatif dan cara baru untuk mendapatkan akses kepada perisian atau sistem jika dibandingkan dengan kaedah tradisional. Sebelum ini, jika perisian dibeli dan di install ke dalam komputer, SaaS pula merujuk kepada model langganan secara bulanan dimana perisian di hoskan pada server atau awan dan boleh diakses melalui internet dimana-mana sahaja. 

Terdapat beberapa kelebihan yang memberikan manfaat kepada pengguna, antaranya adalah kos permulaan yang rendah. Oleh kerana ia tiada memerlukan lesen bagi setiap komputer maka tiada yuran yang tinggi dikenakan. Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan SaaS akan menguruskan segala infrastruktur IT, bermakna kos untuk mengurus perkakasan, perisian dan kakitangan menjadi rendah.

Jika dibandingkan pada masa dahulu, perisian perlu sentiasa dikemaskini atau di upgred dan memerlukan kakitangan IT untuk melakukannya. Walaubagaimanapun, dengan adanya SaaS penyedia perkhidmatan yang menguruskan segala kemaskini untuk memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik.

Terdapat banyak contoh SaaS yang terkenal, termasuklah Office 365, Google Apps, Salesforce, Citrix GoToMeeting, Cisco WebEx dan Netflix.

Contoh-contoh dimana SaaS boleh dimanfaatkan oleh syarikat adalah seperti:

  • Invois dan perakaunan
  • Rekod jualan
  • Perancangan
  • Pemantauan Prestasi
  • Komunikasi
  • dan banyak lagi.

Berikut adalah beberapa SaaS buatan anak tempatan yang dapat membantu anda meningkatkan produktiviti syarikat.

JomSales

Sistem pengurusan atas talian ini membolehkan anda menjana dokumen perniagaan seperti Quotation, Invoice, Purchase Order, Deliveray Order dan lain-lain pada masa yang sama memantau aliran tunai dan prestasi perniagaan dengan mudah dan secara lintas langsung. Sistem ini memudahkan anda merekod pembayaran masuk dan keluar serta memantau aliran tunai, penghutang dan pemiutang. Tidak seperti sistem perakaunan konvensional,  JomSales boleh digunakan secara berkumpulan dari mana-mana sahaja lokasi.

Antara ciri-ciri lain yang menarik sistem JomSales ini, Pangkalan data maklumat pelanggan yang dapat dicapai dengan mudah, segala aktiviti pengguna direkod bagi memastikan ketelusan dan intergriti, Merekod segala transaksi keluar masuk untuk memudahkan transaksi dirujuk semula. Selain itu, JomSales merekod maklumat produk dan servis bagi memudahkan penjanaan dokumen. Tidak ketinggalan, laporan kewangan dan prestasi perniagaan dapat dijana secara automatik pada bila-bila masa.

Urusniaga

Sistem yang ditawarkan oleh Urusniaga ini membolehkan anda menguruskan dengan mudah hal-hal berkaitan dengan Jualan, Pembelian, Produk, Goods ini Stock, Perakaunan mudah, Pekerja dan Pelanggan. Sistem yang direka ini mempunyai antaramuka berstruktur dan mudah digunakan tidak kira latar belakang anda. Sama seperti JomSales, anda tidak perlu install pada komputer dan boleh digunakan di mana-mana sahaja asalkan anda mempunyai capaian ke internet. Selain itu, Urusniaga juga mempunyai sistem untuk mengubah harga mengikut keperluan. Ia amat berguna ketika hendak memberikan harga yang berbeza kepada pelanggan atau kumpulan yang berbeza.

Apa yang menarik mengenai Urusniaga, ia dilengkapi sistem pengurusan Sumber Manusia (HRMS) yang ringkas untuk mengurus maklumat pekerja, cuti serta pengurusan gaji dan penjanaan slip gaji. Jika anda menjalankan perniagaan restoran, peruncitan atau apa-apa sahaja perniagaan yang melibatkan wang tunai, Urusniaga boleh dijadikan sebagai Point Of Sales.

Niagawan 

Fokus kepada perakaunan, Niagawan adalah solusi lengkap untuk imbangkan akaun perniagaan anda. Tidak kira apa perniagaan anda, dari Kontraktor, Pusat Tahfiz, Klinik, Restoran sehinggalah bidang Fashion, Niagawan boleh digunakan untuk menghasilkan qoutation dan invoice yang boleh dihantar melalui aplikasi Whatsapp, Messenger mahupun email. Selain itu, jika anda menjalankan perniagaan yang melibatkan yuran bulanan, Niagawan dapat digunakan untuk mengesan bayaran bulanan yang tertunggak atau belum dijelaskan.

Niagawan adalah sistem Perakaunan semua dalam satu. Ia dilengkapi Cash Book yang boleh merekod keluar-masuk wang dan secara automatik mengira baki dan akan bawa ke hadapan, Ledger Book yang membolehkan anda mengkategorikan transaksi dan pada masa yang sama melihat pendapatan dan perbelanjaan dengan jelas, Balance Sheet untuk melihat status kewangan dari seperti jumlah aset dan liabiliti. Banyak lagi fungsi-fungsi menarik termasuk Stock Purchase, Inventory, Tax/Zakat calculator, dan Sales Report.

WeNiaga 

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh WeNiaga amat berbeza dengan sistem-sistem yang dinyatakan sebelum ini. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh WeNiaga sesuai untuk pemilik produk fizikal yang mempunyai ramai stokis dan agen-agen. Ia lebih kepada pengurusan inventori yang sistematik dan teratur antara HQ, Pembekal, Stokis, Pengedar, Dropship dan Pelanggan. Sistem ini membolehkan tempahan dan pemprosesan dilakukan serta diurus melalui sistem WeNiaga. Sistem akan menjana secara automatik Invoice, Delivery Order dan Payment Receipt bagi setiap tempahan dan membenarkan pembayaran dilakukan secara manual atau melalui atas talian (FPX).

Selain itu, WeNiaga berupaya untuk mengurus stok, mengurus kategori produk, mengesan (tracking) pos dan sistem tersebut dilengkapi dengan modul-modul seperti Return Item, Kos Penghantaran, Consignment Note (pos) dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah-masalah seperti susunan tempahan yang tidak selari, resit selalu hilang, status dan tracking barang dihantar secara manual, jumlah pengedar dan stokis, maka sistem yang ditawarkan oleh WeNiaga adalah untuk anda. Menariknya mengenai WeNiaga, anda boleh bayar langgan perkhidmatan dengan menggunakan BitCoin.

Financio

Direka untuk perniagaan mikro/ kecil-kecilan dan individu yang tiada latarbelakang dalam bidang perakaunan, Financio membantu menghasilkan menghasilkan dokumen berkaitan cukai dan perakaunan. Sistem berfungsi secara automatik dengan merekod cukai dan menjana data kemasukkan dengan hanya memasukkan maklumat berkaitan dengan pembayaran, perbelanjaan dan mengeluarkan invois. Invois yang dihasilkan kelihatan profesional dan akan dihantar secara automatik melalui email dengan beberapa klik.

Financio dilengkapi dengan fungsi pengiraan GST dan boleh mengeluarkan GST-03, Fail TAP dan Fail Audit GST (GAF) seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kastam. Oleh kerana ia adalah sistem berasaskan awan, Fanancio boleh diakses dimana-mana sahaja sama ada melalui mobile, tablet atau komputer tidak kiraa PC, Mac, Android atau iOS. Data-data yang disimpan pada server Financio adalah selamat dengan dengan tahap sekuriti seperti bank. Sehubungan itu, Fanancio sentiasa melakukan pendua bagi kesemua data yang disimpan dan dilakukan setiap hari.

Ada lagi SaaS buatan Malaysia yang tidak dimasukkan?

Sila tinggalkan komen di bawah dan jangan lupa tekan butang share.

print

One Comment

  • Lina Husin says:

    Salam dan Selamat Sejahtera,

    Sah sehingga 30 November 2017, UrusNiaga memberikan potongan harga sebanyak RM 100 bagi mana-mana pelan langganan dengan menggunakan promo code NOVEMBEREND. Tuan Puan boleh mencuba akaun percubaan 14 hari atau melayari sistem demo yang disediakan https://demo.urusniaga.my

    Terima kasih kerana menulis tentang UrusNiaga.

Leave A Reply

Your email address will not be published.